Ahad, 26 Julai 2009

MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W


MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W


Sebelum datangnya agama Islam tanah Arab dihuni oleh suku-suku yang suka berperang. Pertentangan berlaku sehingga beberapa generasi dan kadangkala memuncak dalam pertarungan berdarah sehingga ratusan jiwa melayang. Kemusyrikan menguasai bangsa Arab, dan rumah suci Tuhan yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dipenuhi oleh ratusan patung-patung sembahan.


Dalam keadaan kegelapan yang meliputi jazirah Arab di saat itu maka munculkan suatu sinar terang dengan lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. Belum pernah ada, baik sebelum maupun sesudahnya seorang insane yang ditempatkan dalam situasi penuh pertentangan tapi Berjaya membersihkan masyarkatnya dari aneka ragam kejahatan kecuali Nabi Muhammad. Ajaran Nabi Muhammad yang praktis telah mengubah suku bangsa biadab menjadi orang beradab. Beliau adalah seorang yang soleh dan nabi terakhir serta terbesar.


Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi Islam dan seorang yang sangat dermawan dan selalu berbuat kebajikan. Beliau tidak hanya melaksanakan tugas yang mustahil dalam mempersatukan berbagai bangsa Arab yang biadab, tetapi juga melahirkan suatu masyarakat yang telah menciptakan revolusi terbesar dalam sejarah umat manusia.


Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan di Mekah pada tahun 571 Masehi. Beliau adalah berketurunan keluarga bangsawan Arab, iaitu Bani Hasyim dari suku Quraisy, suku yang dipercayai memelihara Kaabah yang dibangunkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Ayah Nabi Muhammad bernama Abdullah, adalah anak bongsu dari datunya Abdul Mutalib, penjaga Kaabah. Abdullah meninggal dunia sebelum anaknya lahir. Manakala ibu Nabi Muhammad yang bernama Aminah pula meninggal dunia enam tahun kemudian.
Semasa kecilnya beliau telah diasuh oleh datuknya Abdul Mutalib. Ketika Abdul Mutalib meninggal dunia 2 tahun kemudian, Nabi Muhammad s.a.w. telah diasuh pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.


1. Mukjizat semasa kecil.


Ketika Nabi Muhammad s.a.w dalam kandungan ibunya dua bulannya Abdullah meninggal dunia di Madinah. Bapanya telah meninggalkan pusaka kepada Nabi Muhammad berupa lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang bernama Ummu Aiman.
Sebelum mendapat pengasuh khas, Nabi Muhammad disusukan oleh Suwaibah, seorang hamba kepada bapa saudaranya Abu Lahab. Walaupun Suwaibah menyusukan baginda beberapa hari saja, tetapi baginda tetap mengenangkan jasanya.


Setelah beberapa hari Nabi Muhammad disusukan oleh Suwaibah, datanglah beberapa orang wanita Badwi dari Bani Said ke Mekah. Mereka sangat masyhur kerana pandai menyusu dan mengasuh bayi. Mereka mencari keluarga kaya yang mahu menyerahkan anak mereka untuk disusu dan diasuh.


Di antara mereka yang mencari bayi untuk disusu ialah Halimatus Sa’adiah. Kedatangannya ke Mekah adalah kerana kehidupan ke kampong yang melarat.


Pada mulanya setiap kali Abdul Mutallib menawarkan cucunya kepada wanita yang mencari bayi itu, semuanya menolak termasuk Halimah sendiri. Tetapi kerana tidak mendapat yang lain, lalu diterimanya. Halimah tidak mendapat bayi yang lain kerana keluarga hartawan enggan member anak mereka kerana melihat keadaan Halimah yang daif.


Halimah membawa pulang bayi itu ke kampungnya. Sejak Halimah menyusu anak yatim itu, rumahtangganya menjadi bahagia. Kehidupan mereka bertambah makmur. Mereka menjadi orang yang berada kerana binatang ternakan mereka semakin menjadi bertambah banyak. Pendapatan mereka bertambah.


Hanya dalam jangka masa yang singkat mereka menjadi orang yang berada di kalangan Bani Said. Kemewahan mereka menjadi buah mulut orang.


Pada suatu ketika di perkampungan Bani Said datang dua orang malaikat yang Allah tugaskan untuk membedah dada Nabi Muhammad bagi membuang kotoran supaya bersih daripada segala tabiat buruk sebagai persiapan untuk menjadi nabi dan rasul.


Anak-anak Halimah mengsyaki saudara suasana mereka adalah anak yang luar biasa kerana apabila Nabi Muhammad melalui padang pasir yang sunyi itu selalu kedengan suara member salam kepadanya. Mereka agak hairan kerana tidak nampak seorang manusia pun di kawasan itu.


Ketika Nabi Muhammad berumur 6 tahun, ibunya membawa bersama Ummu Aiman mengunjungi keluarga ayahnya di Madinah dan menziarahi kubur ayahnya.
Dalam perjalanan pulang ketika sampai di Abwak, ibunya jatuh sakit dan Aminah meningal dunia. Dia telah dikebumikan di situ juga.


Ummu Aiman membawa Nabi Muhammad pulang ke Mekah dan menyerahkan Nabi Muhammad kepada datuknya Abdul Mutalib. Tetapi hidup bersama datuknya tidak lama, Abdul Mutalib pula meninggal dunia ketika Nabi Muhammad telah berusia 12 tahun.
Selepas kematian Abdul Mutalib, Nabi Muhammad dipelihara pula oleh bapa saudaranya yang bongsu iaitu Abu Talib. Walaupun Abu Talib seorang yang miskin tetapi beliau dimuliakan oleh masyarakat Quraisy kerana kebaikan akhlaknya.


2. Akhlak Nabi Muhammad.


Di kalangan masyarakat kaumnya, beliau terkenal sebagai orang yang jujur dan amanah. Beliau tidak pernah berbohong. Oleh kerana kebaikan dan kejujurannya itu, beliau telah digelar sebagai Al Amin yang bererti ‘amanah’.


Kaumnya sangat suka kepadanya kerana beliau ringan tulang, suka menologn orang susah, suka menyampaikan hajat orang dan menghormati tetamu.


Beliau sudah biasa hidup sederhana sejak kecil lagi dan tahu mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Sejak kecil lagi beliau berusaha menggembala kambing secara mengambil upah dari orang Quraisy. Dengan menggembala kambing itu beliau dapat melatihkan jiwanya untuk kasihan kepada yang lemah kerana sudah terdidik dengan sifat menyayangi ternakan.


3. Bentuk dan rupa Nabi Muhammad.


Nabi Muhammad adalah seorang kacak, badannya sederhana iaitu tidak tinggi dan tidak rendah. Kepalanya dikatakan kelihatan besar dengan rambutnya yang hitam pekat, lebat dan berikal menutuo telinganya.


Kedua-dua keningnya lebar dan melengkung ke bawah dengan lebatnya dan bertaut pula. Mukanya kelihatan jernih. Matanya kelihatan besar. Bulu matanya panjang melentik.
Hidungnya tinggi dan kecil malah lurus melancip ke hujung. Gigi depannya kelihatan jarang. Di bawah mulutnya kelihatan janggutnya yang panjang dan lebat hingga ke dada. Lehernya jinjang. Dadanya bidang. Kulitnya halus dan bersih.


Beliau selalu tegas dalam apa juga perkara. Kemahuannya kuat. Membuat sesuatu tanpa ragu-ragu dan was-was. Oleh kerana sifat-sifat dan watak-wataknya sedemikian rupa orang selalu hormat dan kagum kepadanya lebih-lebih lagi kerana akhlaknya yang baik dan berbudi bahasa.
Sejak beliau bernikah dengan Siti Khadijah, kehidupannya agak tenang dan tenteram. Dan kehidupan sehari-harinya adalah serba cukup sehingga tidak memerlukan bantuan bapa saudaranya Abu Talib.


4. Memencil diri dan menjadi rasul.


Kehidupan Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah sentiasa dalam rukun dan damai. Tiada masalah yang timbul dalam pergaulan rumahtangga mereka, cuma menjejaskan perasaannya apabila dua orang puteranya Kasim dan Abdullah meninggal dunia.


Beliau sering memikirkan nasib kaumnya yang sesat dan mungkar. Nabi Muhammad berasa tidak berdaya untuk membetulkan masyarakatnya yang sesat dalam kepercayaan dan amalan mereka. Oleh itu beliau teras kota Mekah itu terlalu sempit dan panas kepadanya. Beliau memerlukan tempat yang tenang dan terasing daripada orang ramai.


Disebabkan itu beliau pergi ke sebuah bukit yang jauh yang bernama Gua Hira. Bukit itu kini terkenal sebagai Jabal Nur, iaitu Bukit Cahaya kerana di situlah terpancarnya cahaya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Semasa beliau hamper dilantik menjadi rasul, beliau sering bermunajat kepada Allah di Gua Hira. Pada 17 Ramadhan bersamaa 6 Ogos 610 Masihi ketika umurnya 40 tahun, malaikat Jibril telah datang kepadanya membawa perintah Allah, iaitu wahyu pertama melantiknya menjadi nabi akhir zaman dan pada hari itu juga diturunkan ayat al quran yang pertama.


Pada mulanya beliau didatangi oleh malaikat yang membawa sehelai tulisan dan menyuruhnya membawa tulisan itu dan berkata : “Bacalah”. Nabi Muhammad menjawab dengan terperanjat : “Saya tidak tahu membaca” Malaikat itu mendakap Nabi Muhammad dengan kasar sehingga beliau tidak berdaya hendak bergerak, selepas itu dilepaskan kembali sambil berkata : “Bacalah” Nabi Muhammad tetap menjawab : “Saya tidak dapat membaca”
Kemudian malaikat itu mendakap lagi dengan kasar sehingga beliau tidak berdaya hendak meronta.


Nabi Muhammad tetap juga menjawab dengan jawapan yang sama. Selepas itu malaikat itu mendakapnya lagi buat kali ketiga sehingga Nabi tidak lagi berdaya. Setelah itu barulah Nabi Muhammad ikut membaca apa yang dibacakan oleh malaikat itu, iaitu ayat surah Al Alaq, ayat 1-5 yang berbunyi :

Maksudnya : “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan nama Tuhanmu yang teramat mulia. Yang mengajar manusia barang apa yang tidak diketahuinya.”.


Kemudian Nabi Muhammad ikut membaca seperti yang dibaca oleh malaikat Jibril itu sehingga terpahat di dalam hatinya. Selepas itu malaikat itu pergi dan hilang.


Nabi Muhammad tersentak bagai dibangunkan. Badannya gementar. Dengan tergopoh-gopoh, beliau bergegas pulang ke rumahnya. Badannya menggigil bagai orang demam. Dia menyuruh isterinya menyelimutkan tubuhnya.


Setelah sejuk reda, Khadijah bertanya kepada suaminya apa yang telah berlaku. Lalu Nabi Muhammad menceritakan apa yang berlaku di Gua Hira. Lalu khadijah berkata dengan jujur:
“Demi Allah ! Allah tidak menyusahkan kamu. Kamu adalah seorang yang selalu menghubungi saudara mara, selalu menolong orang yang susah, memberi makan kepada tamu dan selalu menyampaikan amanah kepada yang punya”


5. Penganut Islam yang pertama.


Orang yang pertama menganut agama Islam ialah isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abu Talib dan anak angkatnya Zaid bin Harisah. Mereka bertiga inilah yang member kekuatan kepada Nabi Muhammad untuk meneruskan dakwah Islamiahnya. Kemudian beliau mencari sahabat-sahabat yang rapat dan mesra dengannya. Di antara sahabat yang mesra itu ialah Abu Bakar bin Abi Qubafah At Tami, beliau adalah orang luar pertama yang masuk dan lain-lain lagi.
Kesemua mereka menganut agama Islam selepas 3 tahun bersembunyi-sembunyi. Kalau diketahui oleh orang-orang Quraisy yang musyrik pasti mereka akan dianiaya.


6. Tahun dukacita.


Sepucuk surat pengisytiharan yang ditandatangani oleh setiap pemimpin-pemimpin suku Bani Quraisy Mekah digantung di Kaabah. Isi surat itu mengingatkan masyarakat Mekah agar tidak memberi sebarang pertolongan dan kerjasama terhadap kaum keluarga Bani Hasyim.


Masyarakat Mekah juga dilarang mengadakan apa-apa perhubungan ekonomi dan social dengan keluarga itu. Tindakan kejam orang kafir Mekah itu telah membuatkan kaum keluarga Bani Hasyim menderita sehingga mereka terpaksa membelanjakan keseluruhan kekyaan mereka bagi mengelakkan kebuluran. Setelah segala harta habis mereka terpaksa hidup dengan memakan daun-daun dan akar-akar kayu. Keadaan ini menjejaskan kesihatan bapa saudara baginda, kemudian beliau telah jatuh sakit dan meninggal dunia.


Dalam kesedihan di atas kematian bapa saudaranya, Rasulullah ditimpa lagi dengan ujian yang paling berat di mana isterinya Khadijah pula jatuh sakit dan meninggal dunia selepas 3 hari Abu Talib meninggal. Dengan kematian dua orang yang dikasihinya itu, ini menjadikan tahun itu penuh kesusahan.


Sejak kematian Abu Talib dan Siti Khadijah, masyarakat Quraisy mengambil kesempatan menindas Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya. Dahulu mereka segan kerana adanya Abu Talib dan Khadijah.


Kekejaman kaun Quraisy amat dirasakan oleh nabi dan pengikut-pengikutnya. Dalam masa kesedihan itu, Allah memberi rahmat dan sejenis anugerah sebagai hiburannya. Allah utuskan Jibril menjemput Rasulullah untuk membawa beliau dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian dimikrajkan ke langit hingga ke Sidratul Muntaha.


7. Rasullah wafat.


Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah, kedua-dua pihak (Islam dan Quraisy) mematuhi perjanjian itu. Pada tahun ke lapan hijrah, puak Quraisy telah melanggar perjanjian itu.
Dalam masa itu juga Rasulullah dapat mempengaruhi kebilah-kabilah Arab di pedalaman membuat perjanjian dengannya. Dengan itu ternyata kerugian di pihak Quraisy. Dengan segera Rasulullah mengerahkan tenteranya seramai 10,000 orang yang dipimpin oleh baginda sendiri. Lalu Rasulullah mara ke Mekah dan berkhemah di luar kota Mekah. Orang Mekat menjadi takut.


Selepas Rasulullah berucap mengenai penaklukan itu, orang Mekah menunggu hukuman kesalahan mereka kerana melanggar perjanjian. Lalu Nabi mengisytiharkan mereka diampuni.
Pada tahun sepuluh hijrah, Rasulullah pergi ke Mekah menunaikan Haji Widak yang disertai oleh 100,000 pengikutnya. Itu adalah merupakan haji terakhir bagi Nabi Muhammad.


Rasulullah jatuh sakit kira-kira tiga bulan selepas pulang daripada mengerjakan haji itu. Orang-orang Islam bimbang dengan keuzuran beliau. Oleh kerana orang ramai terlalu bimbang, Nabi telah berucap kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Rasulullah pun wafat dalam usia 63 tahun iaitu pada 12 Rabiulawal tahun II hijrah bersamaan Jun 62 Masihi.


Beliau tidak meninggalkan sebarang kekayaan atau harta walaupun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama. Beliau hanya meninggalkan Al Quran dan Sunnahnya. Ajarannya tidak terhenti apabila beliau wafat. Sebaliknya ajaran baginda telah disambung oleh sahabat-sahabat dan pengikut-pengikutnya setia.


8. Mukjizat Rasulullah s.a.w


Di antara sekian banyak mukjizat Rasulullah s.a.w. Al Quran adalah mukjizat baginda yang terbesar. Manakala mukjizat-mukjizat baginda yang lain adalah tentang pada pemimpin Quraisy yang bersumpah untuk membunuhnya lalu Rasulullah s.a.w keluar kehadapan mereka lantas baginda mengambil segenggam tanah lalu berkata : “Buruklah muka kamu semua akibat penyakit cacar”.


Maka dengan izin Allah kesemua muka-muka orang Quraisy itu dipenuhi dengan bintik-bintik merah kecil yang memenuhi wajah mereka.


Manakala dalam Perang Badar pula Rasulullah s.a.w pernah menaburkan tanah ke muka suatu kaum maka Allah S.W.T telah membinasakan mereka.


Apa yang berlaku pada diri Suraqah bin Malik, ketika dia mengekori baginda yang sedang berhijrah ke Madinah lalu kaki kuda Suraqah terbenam ke dalam tanah yang keras kerana berniat hendak membunuh Rasulullah s.a.w juga merupakan mukjizat kenabian baginda.
Rasulullah s.a.w pernah mengusap punggung anak kambing betian yang belum dikahwini oleh kambing jantan, setelah usapan itu anak kambing itu telah mengeluarkan air susunya. Kambing itu adalah kepunyaan Ummu Mukbud.


Rasulullah s.a.w pernah mendoakan Umar bin Khattab agar Allah S.W.T menguatkannya dengan Islam. Baginda pernah mendoakan Ali bin Abi Talib agar Alah menghilangkan penyakit panas badannya. Rasulullah juga pernah meniup kedua mata Ali yang sakit dan semua penyakit yang didoakan oleh Rasulullah itu sembuh seketika itu juga.


Rasulullah s.a.w pernah mengembalikan mata Qatadah bin Mu’man setelah matanya itu terkeluar dari kelopaknya. Baginda pernah mendirikan sembahyang meminta hujan dan hujan pun turun selama seminggu. Kemudian baginda minta agar cuaca menjadi terang kembali dan awan pun menghilang. Baginda juga telah memohonkan doa kutukan bagi Utaibah bin Abu Lahab dan singa pun meneramnya di Zaraqa’ (Syam).


Pada malam baginda diutus menjadi Rasul, segala batu dan pokok mengucapkan salam kepada beliau dan baginda berkata, “Sesungguhnya aku melihat batu di Mekah mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus menjadi Rasul, pokok-pokok tundak hormat padaku dan batu kerikil bertasbih di tapak tanganku.” Begitu juga sekumpulan kambing mengeluh kepada beliau tentang keletihannya dan seekor keldai mengadu kepadanya tentang perkerjaannya yang berat dan diberi makanan yang sedikit.


Baginda telah memberitahu pada kaum muslimin bahawa mereka akan diserang oleh kaum musyrikin pada perang Badar. Baginda mengatakan tak seorang pun diantara kaum musyrikin itu dapat menyerang mereka. Apabila peristiwa itu berlaku hal itu telah benar-benar berlaku. Baginda juga pernah memberitahu tentang segolongan umatnya akan tenggelam di lautan dan di antara yang tenggelam itu termasuklah Ummu Haram binti Milhan dan perkara itu telah benar-benar berlaku.


Baginda pernah berkata kepada seorang laki-laki yang makan dengan tangan kirinya, “Makanlah dengan tanganmu” Orang itu menjawab, “Saya tidak boleh” lalu Rasulullah s.a.w berkata, “Engkau tidak akan boleh buat selama-lamanya.” Sesudah itu orang itu pun tidak boleh mengangkat tangan kanannya ke mulut.


Ketika baginda masuk ke Mekah pada tahun pembebasan kota Mekah. Masa itu baginda melihat berhala bergantungan di sekeliling Kaabah. Dengan menggunakan sebilah buluh yang ada ditangannya lalu baginda melemparkannya ke arah berhala-berhala itu sambil berkata, “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap,” maka berhala-berhala itu pun jatuh bergelimpangan.


Rasulullah s.a.w. pernah mengundang kaum sufi datang ke rumahnya. Kedatangan kaum sufi itu telah dijamu dengan hidangan berupa sekeping roti basah. Kata Abu Hurairah, “Maka aku pun terlambat datang sehingga beliau memanggilku.”


Ketika kaum itu sampai kelihatan di piring itu hanyak ada sedikit saja sisa-sisa roti di dalam piring itu. Kemudian baginda mengumpulkan sisa roti itu menjadi sesuap dan meletakkannya diatas jari-jarinya sambil berkata : “Makanlah dengan menyebut nama Allah.” Setelah itu mereka pun makan roti itu sehingga kenyang.


Seorang laki-laki pernah memberi semangkuk air kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau pun menceluplan jari-jarinya ke dalam air itu sambil berkata kepada suatu kaum yang berjumlah 70-80 orang “marilah” lalu mereka semua pun berwudhu dengan air itu.


Dalam satu riwayat menceritakan, semasa perang Tabuk berlaku hanya terdapat sejumlah air yang tidak dapat menghilangkan dahaga seorang pun. Sedangkan kaum muslimin pada saat itu sangat kehausan apatah lagi pada masa itu mereka sedang bertempur di bawah terikan panas cahaya matahari. Lalu mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w lantas baginda pun mengambil anak panah dari Bani Kinanah dan membenamkannya air dari kesan anak panah itu dan kaum muslimin yang berjumlah 30,000 orang itu pun dapat menghilangkan kehausan mereka.
Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah dengan membawa anak kecilnya yang berkepala botak. Wanita itu meminta Rasulullah mengubati kepada anaknya agar ditumbuhi rambut. Lalu baginda mengusap kepala anak kecil itu dan seketika itu juga tumbuhlah rambutnya dan sembuhlah penyakit kepalanya.


Kemudian penduduk Yamamah telah mendengar berita ajaib itu maka datanglah seorang wanita kepada Musailamah (Nabi Palsu yang mengakui lebih pandai dari Rasulullah) dengan membawa seorang anak, lalu Musailamah pun mengusap kepada anak kecil itu maka dengan kehendak Allah tiba-tiba rambut Musailamah gugur dengan sendirinya sehingga menjadi botak malah kebotakan itu telah menurun kepada anak cucunya.


Dalam suatu peristiwa, pedang milik Ukasyah telah patah semasa bertempur dalam Perang Badar lalu Rasulullah s.a.w. memberinya sebatang ranting kayu. Tiba-tiba ranting kayu bertukar menjadi pedang ditangan Ukasyah sehinggalah seterusnya.


Manakala dalam suatu peristiwa lain Rasulullah s.a.w pernah mengusap kaki seseorang yang patah setelah diusap kaki orang itu ia sembuh seperti sediakala seolah-olah tidak pernah patah sama sekali.


Begitulah sebahagian daripada mukjizat-mukjizat Rasulullah s.a.w yang dapat diceritakan di sini, semoga dengan kisah-kisah tersebut akan membuka pintu hati kita untuk memikir dan menyaksikan kebesaran dan kekuasaan Allah ke atas makhluk yang dikehendakinya.

MUKJIZAT NABI ISMAIL


MUKJIZAT NABI ISMAIL


Nabi Ismail ialah anak kepada Nabi Ibrahim dengan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim mulai berkenalan dengan Siti Hajar selepas ditawan oleh raja Mesir ketika mereka dalam perjalanan ke Mesir.


Apabila raja Mesir itu gagal menggoda Siti Sarah kerana pertolongan Allah maka Siti Sarah dan Nabi Ibrahim dibebaskan. Kemudian raja itu menghadiahkan mereka seorang sahaya yang bernama Siti Hajar sebagai penghormatan kepada Siti Sarah dan Nabi Ibrahim.


Siti Sarah menyedari dirinya semakin tua, manakala Siti Hajar pula semakin dewasa dan jelita. Siti Sarah berasa cemburu kerana dia tidak mempunyai anak apatah lagi apabila mengetahui Siti Hajar telah hamil setelah berkahwin dengan Nabi Ibrahim.


Keretakan rumahtangga Nabi Ibrahim mula berlaku kerena cemburu yang melampau. Siti Sarah meminta Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar jauh dari penglihatannya. Jibril menyampaikan wahyu supaya Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar keluar dari rumah itu.
Nabi Ibrahim tidak tahun ke mana hendak ditujunya. Apabila tiba di suatu tempat yang kini dinamakan Mekah, Siti Hajar diturunkan dari unta dan dibekalkannya dengan apa yang ada. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar Allah menjaga isterinya. Beliau berpesan kepada Siti Hajar bahawa beliau akan datang lagi melihatnya.


Dari sehari ke sehari Siti Hajar menunggu kedatangan Nabi Ibrahim tetapi tidak juga kunjung tiba. Kandungan Siti Hajar semakin sarat. Akhirnya beliau melahirkan anak lelaki tanpa bidan dan suami di sisi, dan anak itu telah diberi nama Ismail.


Bekalan air telah habis. Siti Hajar terpaksa mencarinya untuk dibuat minuman dan membersihkan dirinya. Lantas diapun berlari-lari anak-anak dari satu bukit kesatu bukit mencari air. Beliau berulang alik beberapa kali namun tidak juga bertemu dengan air.
Begitulah keadaan beliau berulang alik sehingga tujuh kali yang mana tempat itu kini dikenali sebagai Safa dan Marwah yang telah menjadi amalan bagi orang yang mengerjakan haji.
Sambil berulang alik itu dia melihat anaknya Ismail. Siti Hajar terpegun melihat air keluar dari bekas tumit hentakan Ismail. Lalu diangkatnya batu di tepi air yang mengalir itu. Air itu semakin membesar keluarnya. Siti Hajar mengepung air itu agar tidak keluar ke tempat lain. Itulah pancaran air yang sehingga kini terkenal dengan telaga zam-zam.


Ketiga-tiga beranak itu sedia menghadapi ujian Allah. Nabi Ismail dihias cantik oleh ibunya untuk pergi ke tempat pengorbaan. Selepas kedua beranak itu jauh meninggalkan rumah, Siti Hajar didatangi oleh Iblis menyatakan bahawa anaknya akan dibunuh.


“Tidak” kata Siti Hajar “Adakah bapa akan sanggup membunuh anaknya sendiri”. Kemudian Iblis pergi pula menghasut Nabi Ismail sebelum bapanya tiba untuk dibawa ke tempat pengorbanan.


Kata Nabi Ismail : “Jika dengan perintah Allah, aku rela menjunjungi perintah Tuhanku”
Nabi Ismail memberitahu bapanya bahawa Iblis telah datang menghasutnya supaya jangan pergi ke tempat korban.


Kata Nabi Ibrahim : “Ambillah batu dan lontarkan kepadanya”. Kedua-dua beranak itupun mengambil batu dan melontarkannya pada Iblis, seorang tiga kali dengan tiga ketul batu. Sebab itulah hingga sekarang apabila orang Islam mengerjakan haji, wajib melontar batu di tiga tempat di bukit Mina di hari Tasyriq iaitu tiga hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Kalau tidak melontar terpaksalah membayar dam.


Walaupun Nabi Ismail bersetuju untuk dikorbankan tetapi beliau meminta bapanya mengikat dirinya kuat-kuat supaya beliau tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayahnya untuk menyembelih. Nabi Ismail juga memohon dibuka pakaiannya supaya tidak terkena darahnya pada pakaiannya yang boleh mengurangkan pahala dan juga mungkin ibunya akan terharu melihat darah dipakaiannya.


Ketiga Nabi Ismail mahu parang yang digunakan hendaklah tajam dan dicepatkan penyembelihan supaya mengurangkan kepedihannya. Yang terakhir sekali Nabi Ismail meminta bapanya sampaikan salam beliau kepada ibunya Siti Hajar.


Saat penyembelihan itu pun tiba. Kaki dan tangan Nabi Ismail diikat erat. Diletakkan parang yang tajam itu ke leher Nabi Ismail. Akan tetapi leher Nabi Ismail tidak lut dimakan oleh parang itu. Malah sedikit darah pun tidak terkeluar dari lehernya.


Nabi Ibrahim kecewa. Walaupun dia mencuba lagi akan tetapi beliau masih gagal menyembelihnya. Pada saat itu datanglah wahyu Allah yang berbunyi :

Maksudnya :
“Wahai Ibrahim ! Kamu telah Berjaya melaksanakan tugasmu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang membuat kebajikan” -Ash-Syafaat : 150 –


Sebagai ganti nyawa Nabi Ismail itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang tersedia di situ dijadikan sebagai korbannya. Dengan parang itu juga kambing itu disembelihkan. Dan inilah asal permulaan dijadikan sunat berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap tahun apabila menjelang Hari Raya Haji.


Menurut riwayat lain, setelah Nabi Ibrahim menutup matanya dengan kain, supaya beliau tidak dapat memandang wajah Nabi Ismail ketika melakukan penyembelihan itu. Kemudian anaknya disembelih. Nabi Ibrahim terasa darah memancut keluar dari leher Nabi Ismail. Tetapi Nabi Ibrahim amat terkejut sebaik saja dia membuka kain penutup matanya didapati seekor kambing terbaring sudah disembelih. Sementara itu Nabi Ismail tidak pula disembelih, malah sedikitpun tidak tercedera.


Selepas beberapa lama peristiwa korban itu berlaku, Nabi Ibrahim menerima wahyu Allah melalui korban. Beliau dikehendaki membuat sebuah rumah untuk dijadikan tempat manusia menumpukan ibadatnya.


Beliau dikehendaki membuat rumah Allah, iaitu Baitullah berhampiran dengan telaga zam-zam di Mekah dengan bantuan anaknya Ismail. Batu-batu untuk dijadikan bahan binaan itu diambil dari bukit-bukit di sekitar Mekah.


Keesokkannya, kedua-dua beranak itu dari sejak pagi hingga petang membuat kerja membina kaabah. Mereka bekerja terus menerus tanpa memikirkan keletihan. Akhirnya tertegaklah Baitullah dengan ketinggian yang dapat dicapai oleh tangan Nabi Ibrahim. Untuk meninggikan lagi bangunan Kaabah itu Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail mencari batu besar untuk dijadikan tempat berpijak. Bekas pijakan Nabi Ibrahim itulah dikatakan sebagai Maqam Ibrahim yang kini berada disisi Kaaabah.


Selepas beberapa hari mereka bekerjaa dan hamper selesai datanglah sekumpulan awan yang daripadanya keluar suatu suara berkata bermaksud : “Wahai Nabi Allah ! Apabila siap rumah ini maka hendaklah kamu namakannya Ka’abatullah, yang mana itu akan kekal hingga ke zaman Nabi Muhammad, Rasulullah yang akan datang.”.


Setelah selesai pembinaan itu, Nabi Ibrahim pun berdoa yang bermaksud : “Wahai Tuhan Kami ! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maka Mengasihani”. (Surah Al Baqarah : 128)

MUKJIZAT NABI IBRAHIM


MUKJIZAT NABI IBRAHIM


Nabi Ibrahim ialah anak kepada Aazar (Tarih) bin Tahur bin Sariy bin Rauk bin Falij bin Aabir bin Salih bin Arfakasyad bin Sam bin Nuh a.s.


Beliau termasuk salah seorang dari lima orang rasul yang digelar sebagai Ulul Azmi yang terdiri dari Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di sebuah negeri yang digelar Babylon yang terkenal di zaman dahulu sebagai kerajaan yang besar dan kuat. Ia diperintah oleh seorang raja yang zalim yang bernama Namrud.


Ayah Nabi Ibrahim seorang tukang pembuat patung-patung yang menjadi sembahan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kekufuran dan kemusyrikan, tetapi beliau terpelihara daripada kesesatan.
Raja Namrud yang memerintah kerajaan Babylon adalah seorang pemerintah yang sangat zalim. Di tengah-tengah kehidupannya yang penuh kebodohan dan kesesatan itu, sikap Raja Namrud yang zalim lagi keras itu semakin menambahkan kesesatan dan kebodohan rakyat. Beliau telah memerintahkan rakyatnya mengukir patung-patung dari batu yang baik kerana raja itu sangat gemar memuja gambar-gambar serta patung-patung yang indah.


Menurut riwayat, pada suatu malam Raja Namrud yang zalim itu telah bermimpi sebagaimana halnya mimpi Raja Firaun di masa zaman Nabi Musa. Kononnya dalam mimpi itu Raja Namrud telah melihat seorang kanak-kanak melompat masuk ke dalam biliknya lalu merampas mahkota yang sedang dipakai di atas kepalanya lalu menghancurkan mahkota itu. Setelah baginda bangun dari tidur lantas dia termenung memikirkan mimpinya yang aneh itu.


Disebabkan kejahilan dan kebodohannya itu maka raja Namrud telah memanggil segala tukang tenung dengan tujuan untuk mentakwilkan apakah makna mimpinya itu. Setelah dilihat oleh tukang-tukang tenung yang musyrik itu maka Raja Namrud diberitahu bahawa akan lahir seorang anak lelaki di kalangan rakyat negeri itu di mana apabila dia dewasa kelak dia akan merampas segala kekuasaan raja itu dan pengaruhnya juga amat besar.


Mendengar penerangan tukang-tukang tilik itu, baginda berasa amat marah lalu beliau memerintahkan rakyatnya jangan berkahwin. Sesiapa yang sudah berkahwin, diperintahkannya supaya bercerai. Baginda juga telah mengarahkan orang-orang mengasingkan lelaki daripada perempuan supaya tidak bergaul dan bersama.


1. Mukjizat Nabi Ibrahim semasa kecil.


Apabila diisytiharkan larangan lelaki dan perempuan tidak boleh bertemu dan bergaul, Aazar (ayah Nabi Ibrahim) tidak pulang ke rumah walaupun kerinduannya yang memuncak beliau tetap berada di istana Namrud.


Walaupun ada larangan yang begitu keras, tetapi Allah juga yang maha Berkuasa. Pada suatu malam, isteri Aazar yang tinggal keseorangan dirumahnya tidak tertahan lagi kerinduannya kepada suami beliau. Lalu diapun pergi menemui suaminya di istana. Setibanya di istana didapati semua pengawal dan raja di istana itu sedang tidur dengan nyenyak. Maka dapatlah beliau menemui suaminya dan tidur bersama. Bergembiralah kedua-dua suami isteri itu tanpa gangguan orang lain. Selepas kedua suami isteri itu mendapat kepuasan masing-masing, isteri pulang semula kerumahnya.


Pertemuan Aazar dan isterinya pada malam itu telah membuatkan isterinya hamil. Setelah bayi itu lahir dan dibersihkan, ibunya menyelimutkannya dengan sehelai kain dan ditinggalkan di dalam sebuah gua dengan berat hati.


Dengan kehendak Allah, sepeninggalan ibu muda itu, datang Jibril menjaga keselamatan bayi itu. Jibril mengangkat tangan bayi itu dan memasukkan jari kecil itu ke dalam mulut bayi itu. Bayi itu menghisap jarinya. Dengan kehendak Allah, keluarlah susu dan madu berselang seli, maka selamatlah dia (Ibrahim) dari kelaparan.


Selepas tida hari kemudian barulah ibunya datang untuk melihat anaknya. Pada sangkaannya, anaknya pasti sudah matu kerana tiga hari tidak disusukan. Pada fikirannya biarlah anaknya itu mati kelaparan daripada dibunuh oleh Namrud. Isteri Aazar gembira apabila mendapati bayinya masih hidup dan sihat pula.


Nabi Ibrahim tinggal di dalam gua itu sehingga umurnya mencapai 5 tahun. Setiap hari Ibrahim melihat alam sekelilingnya. Dia berfikir siapakah pencipta alam dan makhluk yang dilihatnya.


2. Mukjizat melihat Allah menghidupkan burung mati (kekuasaan Allah).


Setelah dewasa beliau telah memulakan dakwahnya. Untuk memguatkan keimanan dan keraguan fikirannya, Nabi Ibrahim memohon kepada Allah supaya beliau diizinkan melihat yang sudah mati. Allah menjawab bahawa permohonannya dengan bertanya :
“Tidakkah kamu beriman dan mempercayai kekuasaan Ku”. Nabi Ibrahim tetap menegaskan bahawa beliau tetap beriman dan percaya kepada Allah dan kekuasaanNya. Bagaimanapun beliau ingin melihat dengan matanya sendiri agar hatinya akan tenteram dan tenang dan mengukuhkan lagi keyakinannya kepada Allah dan kekuasaanNya.


Permohonan Nabi Ibrahim diperkenankan. Kemudian Allah menyuruhnya menangkap 4 ekor burung. Dan disuruhnya meneliti dan menghalusi pemerhatian bahagian-bahagian tubuh dan bentuk burung itu. Selepas itu diperintahkan memotong dan mencincang bahagian-bahagian badan burung itu. Kemudian disuruh pula mencampur adukkan kesemuanya. Lalu disuruh bahagikan menjadi 4 longgok. Setiap longgok itu disuruh letakkan di puncak sebuah bukit yang menjadi 4 buah bukit yang berasingan untuk 4 longgok. Bukit-bukit itu terletak berjauhan di antara satu sama lain.


Setelah selesai apa yang disuruhkan oleh Allah, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyeru dan memanggil burung-burung itu. Dengan keizinan Allah, badan yang hancur itu berterbangan mencari bahagian tubuh masing-masing dan akhirnya bercantum semula seperti sediakala dan bernyawa lalu burung-burung itu berhenti dan hinggap di hadapan Nabi Ibrahim. Dengan peristiwa itu maka tenteramlah hatinya dan hilanglah semua keraguannya terhadap kekuasaan Allah SWT.


3. Mukjizat terselamat dari bakaran api.


Pada hari kebesaran masyarakat Babylon, yang biasanya mereka rayakan setiap tahun, mereka keluar beramai-ramai dan menuju ke suatu tempat yang luas dengan membawa makanan dan minuman secukupnya. Mereka bersuka ria dan berseronol dengan sepuas-puasnya, bernyanyi dan meminum minuman keras.


Nabi Ibrahim tidak ikut serta dalam pesta. Apabila diajak dia mengatakan dirinya kurang sihat dan ingin tinggal sendirian. Tetapi sebenarnya itulah hari yang dinanti-nantikan untuk membuktikan bahawa berhala yang sembah selama ini tidak mempunyai apa-apa kuasa.
Saat yang dinanti-nanti itu tiba, dengan bersenjatakan sebilah kapak, beliau pergi ke kuil kaumnya. Setibanya di situ, dia terus mengapak behala-berhala itu. Berhala yang terbesar tidak pula diganggunya, ia membiarkan tanpa cacat celanya. Kemudian kapak yang digunakan oleh Nabi Ibrahim itu digantunkannya dileher patung besar itu.


Apabila selesai pesta tahunan itu, penduduk Babylon pun kembali semua ke rumah masing-masing. Penjaga kuil itu pulang ke kuilnya, tetapi alangkah terperanjatnya dia apabila melihat patung-patung itu telah hancur.


Kekecohan penjaga kuil itu tersebar keseluruh pelusuk negeri itu. Mereka bertanyakan sesama sendiri bagaimana patung itu boleh musnah.


Mereka mula mensyaki Nabi Ibrahim yang melakukannya. Ini kerana beliau suka mengejek-ngejek perlakuan mereka terhadap patung-patung itu. Lebih-lebih lagi pada ketika itu Nabi Ibrahim tidak mengikut mereka keluar berpesta. Lalu merekapun pergi beramai-ramai menangkap Nabi Ibrahim untuk dibicarakan.


Setelah Nabi Ibrahim dibicarakan, beliau telah didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman bakar hidup-hidup kerana menghina dan membinasakan tuhan-tuhan mereka.
Upacara pembakaran itupun dimulakan, kayu api dibakar, api menjulang tinggi. Kalau ada burung melintas diatas pasti terbakar hangus. Namrud memerintahkan agar Nabi Ibrahim dibuangkan ke dalam api yang sedang menyala itu. Tetapi mereka tidak dapat mendekatinya kerana terlalu panas.


Lalu dianjurkan oleh Iblis yang pada ketika itu menyamar sebagai orang tua supaya mereka membuat kerat penyintak seperti pelengkung panah yang boleh menghumbankan sesuatu tepat ke sasarannya.


Apabila penyintak itu telah siap, Nabi Ibrahim pun diletakkan lalu diikat pada penyintak itu. Seramai 400 orang menarik tali penyintak itu dan sepuluh orang memegang tali yang diputuskan untuk menghumbankan Nabi Ibrahim ke dalam api.


Setelah segala persiapan siap, lalu tali itu dipotong maka terhumbanlah Nabi Ibrahim ke dalam unggun api itu. Tetapi dengan perintah Allah, seperti yang tersurat di dalam al quran surah al Anbiyak ayat 69 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Kami berfirman, hai api ! Jadilah kamu sejuk dan selamatkan Ibrahim.”
Menurut Ibnu Abas r.a apabila Nabi Ibrahim jatuh ke dalam api itu, Malaikat Jibril membawa peralatan dari syurga termasuk pakaian untuk keselamatannya.


Di samping itu terpancutlah mata air di tengah-tengah api yang marak menyala itu. Ini menyebabkan api itu menjadi dingin dan selesa. Semenjak peristiwa pembakaran itu, Nabi Ibrahim kian giat berdakwah.


4. Namrud hendak berperang dengan Tuhan.


Selepas Nabi Ibrahim mendapat perintah menyuruhnya pergi semula ke Babylon, maka berangkatlah beliau beserta pengikutnya yang setia ke sana. Isterinya Siti Sarah ditinggalkan di Baitul Maqdis. Ketika sampai di Kufah, Nabi Ibrahim pun pergi menemui Namrud dan dianjurkan Namrud agar beriman kepada Allah. Tetapi Namrud enggan menerimanya.
Namrud menerangkan bahawa dia tidak memerlukan Allah, tetapi dia mengaku ingin memiliki kerajaan Allah dan sedia berperang dengan Allah di langit supaya kerajaan di langit pun dapat dikuasainya.


Kata Nabi Ibrahim, apalah daya Namrud untuk naik ke langit sedangkan dia sama sekali tidak berdaya terbang ke langit. Namrud mengatakan bahawa dia telah memelihara 4 ekor burung gergasi untuk terbang ke angkasa supaya dapat berperang dengan Allah.


Apabila Nabi Ibrahim tidak Berjaya mempengaruhi agar Namrud beriman dengan Allah, beliaupun pulang mencari tempat penginapan. Sejak itu Namrud tidak berlengah-lengah lagi melihat burung-burung itu agar terbang ke langit.


Pada mulanya Namrud tidak tahu untuk menunggang burung itu, tapi Iblis telah mengajarnya bagaimana mengendalikan burung itu. Iblis mengajar Namrud supaya burung-burung itu tidak diberi makan. Apabila hendak diterbangkan burung itu maka ikatkan daging pada sebatang kayu yang dihulurkan ke hadapan burung yang tercapai oleh burung itu.


Kata Iblis kalau hendaklan burung terbang ke langit, kayu yang ada daging itu ditarik ke atas. Dengan itu pasti burung itu terbang menuju ke langit.


Apabila tiba waktunya, Namrud naik ke atas belakang burung itu. Burung itu terbang kira-kira dua jam untuk mengambil makanan yang tergantung di hujung kayu itu. Burung itu terbang tinggi mengejar daging dihadapannya.


Namrud memegang panahnya. Dipanahnya ke atas seolah-olah dia benar-benar memanah Tuhan. Allah memerintahkan Malaikat Jibril menyambar anak panah itu dan dikembalikan kepada Namrud dengan hujungnya berbekas darah supaya dia menyangka anak panahnya sudah mengena pada sasarannya.


Setelah puas hatinya bahawa anak panahnya mengenai sasarannya, Namrud merendahkan kayu yang dipegangnya dan dipasang daging itu. Apabila burung itu melihat makanannya menurun ke bawah maka diterkamnya ke bawah.


Semakin lama semakin burung itu menjunam ke bumi, ia mengejar daging itu. Namrud tidak dapat mengawal kedudukannya di belakang burung itu. Dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh ke dalam lumpur, tapi tidak tinggi. Dia hanya mengalami cedera ringan lalu dibawa pulang ke istana oleh para pengawalnya.


5. Namrud dibunuh oleh nyamuk.


Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya diberi bantuan kepadanya untuk membinasakan kekuasaan Namrud yang sombong dan syirik itu. Dengan takdir Allah, keluarlah nyamuk yang terlalu banyak, tidak tahu dari mana datangnya berterbangan di langit seperti burung hitam.


Kata Nabi Ibrahim kepada Namrud : “Itulah tentera Tuhanku hendak menyerang tenteramu”
Nyamuk-nyamuk itu sangat kuat dan seekor nyamuk dapat membunuh seorang askar Namrud. Nyamuk-nyamuk itu menikam kepala askar-askar Namrud dengan belalainya. Otak dan darah askar-askar Namrud itu dihirup hingga kering.


Ramai askar Namrud yang mati. Namrud lari ke istananya, tetapi diikuti oleh seekor nyamuk yang tertampuk warna badannya dan buta sebelah matanya.


Namrud duduk di sisi isterinya. Nyamuk it uterus menyerang. Apabila Namrud hendak menangkapnya, nyamuk itu menikam otak Namrud. Namrud tidak dapat tidur. Dia sentiasa mengerang kesakitan. Nabi Ibrahim pergi menemuinya dan memujuk agar beliau beriman kepada Allah. Tetapi Namrud tetap juga enggan mengikut kepercayaan Nabi Ibrahim itu.
Akhirnya matilah Namrud setelah menerima azab selama 40 hari 40 malam. Dengan kematian Namrud itu barulah ramai rakyatnya mahu ikut kepercayaan Nabi Ibrahim.

MUKJIZAT NABI MUSA


MUKJIZAT NABI MUSA


Nabi Musa a.s. adalah tergolong dalam salah seorang rasul yang utama. Kepada Nabi Musa, Allah telah turunkan sebuat kitab suci bernama Taurat untuk dijadikan sebagai pedoman dan petunjuk kepada kaumnya Bani Israel.


Nabi Musa dilahirkan di negeri Mesri yang pada masa itu diperintah oleh seorang raja yang zalim bernama Firaun. Sebelum kelahiran Nabi Musa lagi Firaun telah mengeluarkan perintah kepada tenteranya supaya membunuh setiap anak lelaki yang lahir dikalangan Bani Israel. Tindakan Firaun ini adalah disebabkan oleh takwil mimpi yang diberikan oleh tukang tenungnya yang menyatakan bahawa suatu hari nanti kerajaannya yang besar itu akan tumbang dan digulingkan oleh seorang putera di kalangan Bani Israel. Berita dari nujum itulah yang menyebabkan hati Firaun berasa terlalu sakit.


Itulah puncanya yang menyebabkan Firaun memerintahkan kepada petugasnya membunuh semua bayi-bayi lelaki yang lahir di kalangan Bani Israel. Malah Firaun juga memerintahkan semua wanita Bani Israel tidak boleh mendekati suami mereka.
Walaupun Firaun ingin membunuh semua bayi lelaki Bani Israel, tetapi Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Betapa pun tersusunnya rancangan Firaun itu tetapi rancangan Allah jugalah yang lebih baik.


1. Mukjizat Nabi Musa semasa kecil.


Pada suatu hari Yukabad, ibu kepada Nabi Musa telah terdengar suara ghaib ketika sedang meriba Nabi Musa yang menyuruhnya menyusukan bayi itu, kata suara itu :
“Jangan bimbang, kerana Allah akan memelihara dan melindung keselamatannya”
Suara ghaib itu juga menyuruhnya (ibu bapa Nabi Musa) membuat sebuah peti dan memasukkannya. Dan kemudian peti itu dihanyutkan ke dalam sungai Nil. Setelah peti itu siap, Yukabad menyusukan Nabi Musa sehingga kenyang. SEtelah itu Nabi Musa dimasukkan ke dalam peti itu dan terus dihanyutkan ke dalam Sungai Nil.


Dengan linangan air mata, Yukabad memerhatikan anaknya yang dihanyutkan itu. Akhirnya dengan kehendak Allah, peti itu hanyut ke kawasan istana Firaun. Ketika itu Puteri Firaun sedang mandi-manda bersama dengan dayang-dayangnya. Puteri Firaun itu terus mengambil peti yang terdapat Nabi Musa itu lalu membawanya ke istana dan ditunjukkan kepada ibunya.
Apabila Asiah isteri Firaun membuka peti itu didapatinya ada seorang bayi yang sangat comel lalu dia jatuh kasih terhadap bayi itu. Dia memeluk dan mencium bayi itu dengan penuh kasih sayang. Kemudian Asiah berpesan kepada anaknya dan juga dayang-dayang istana supaya merahsiakan berita penemuan bayi itu.


Akhirnya rahsia yang selama ini terkunci rapat terpecah juga apabila Firaun terserempak dengan bayi itu. Lalu diapun bertanya kepada isterinya Asiah menjawab dengan tenang tanpa berselindung.


Asiah, isteri Firaun adalah seorang yang beriman kepada Allah, tetapi keimanannya itu dirahsiakan daripada pengetahuan suaminya. Firauan berkata kepada isterinya :
“Beta khuatir inilah bayi lelaki seperti diramalkan oleh ahli nujum itu di mana dia akan membinasakan kerajaan beta yang agung ini, oleh itu eloklah kita bunuh saja dia.”
Asiah berkata kepada suaminya : “Janganlah bayi yang tidak berdosa ini dibunuh, patik sayang padanya, lebih baik kita ambil dia menjadi anak angkat. Mudah-mudahan dia berguna kepada kita kelak. Hati patik tertawan pada bayi ini, lihatlah betapa comel dan sihatnya dia.
Hati Firaun menjadi lembut mendengar rayuan isterinya. Lalu dia pun mengambil bayi itu dari pangkuan isteri dan diribainya. “Siapakah nama anak ini”


Isterinya menerankan bahawa bayu itu masih belum bernama lagi memandangkan anak itu ditemuinya ketika hanyut dan tersadai di rumpun pokok maka Asiah pun menamakannya Musa. Mu dalam bahasa Mesir bererti air. Sa pula ialah pokok. Maka maknanya ialah pokok air.


Selama menjadi anak angkat Asiah dan Firaun, Nabi Musa dipelihara dan dididik seperti anak raja sehingga rakyat mengganggap Nabi Musa adalah anak kepada Firaun.


Pada suatu hari ketika Nabi Musa sedang seronol bermain lalu dia diambil dan diangkat oleh Asiah dan diletakkan di atas riba Firaun. Nabi Musa memerhati wajah bapa angkatnya dengan pandang yang tajam. Tangannya yang comel meraba-raba janggut Firaun sekuat-kuat hatinya sehingga Firaun merasakan sakitnya sampai ke otak. Firaun menjadi marah lalu dicampaknya Nabi Musa ke lantai. Kemudian dia memerintahkan pengawalnya menyembelih Nabi Musa kerana Firaun menganggap dialah budak yang diramalkan oleh ahli nujum istana itu.


Asiah terperanjat mendengar keputusan Firaun lalu beliau menghampiri suami dan memujuk. Asiah bertanya kepada suaminya mengapa dia bertindak terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa.


Lalu Asiah mencadangkan kepada Firaun supaya menguji kecerdasan otak Nabi Musa untuk mengetahui benar atau tidak cakapnya.
Kata Asiah : “Kita letakkan dua talam, satu berisi bara api berwarna kunind dan satu lagi emas, dan kita suruh dia pilih. Kalau anak itu mengambil emas bererti dia mempunyai kepandaian yang tinggi tapi kalau dia memilih bara api dia masih belum berakal.”


Mendengar saranan itu, Firaun mengangguk bersetuju. Kemudian diapun memerintahkan dayang-dayangnya mengambil kedua-dua barang yang dikehendakinya itu. Setelah kedua-dua dulang tersebut diletakkan dihadapan Nabi Musa yang tidak mengerti apa-apa itu. Nabi Musa menghulurkan tangannya hendak mengambil emas, tetapi tanpa dilihat oleh sesiapa malaikat Jibril menolak tangan Nabi Musa kearah bara api dan Nabi Musa mengambil bara itu lalu disuapkan ke mulut maka melecurlah mulutnya. Akan tetepi tangannya sedikitpun tidak terjejas.


“Lihatlah ! Betapa bodohnya anak ini, dia benar-benar belum tahu apa” kata-kata Asiah kepada Firaun. Kemudian Firaun mengambil Nabi Musa lalu diribanya. Dia berasa kesihan melihat mulut Nabi Musa yang melebur itu. Asiah dalam diam-diam bermohon kepada Allah agar dihilangkan tanda melecur di mulut Nabi Musa itu.


2. Mukjizat diberi kekuatan.


Pada suatu hari Nabi Musa berjalan-jalan di kota Mesir, pada masa itu dia telah meningkat remaja lalu dia terserempak dengan dua orang lelaki yang sedang bergaduh. Dari pakaian yang dipakai oleh lelaki itu Nabi Musa mengenali bahawa seorang daripada mereka adalah dari golongan Bani Israel bernama Samiri dan seorang lagi dari golongan Qibti dari suku Firaun yang bernama Fatun.


Samiri yang berbadan kecil tidak dapat berbuat dan sanggup menahan serangan Fatun yang bertubuh besar. Lalu meminta pertolongan Nabi Musa yang tidak jauh dari situ. Apabila Nabi Musa mendengar suara dia meminta tolong Nabi Musa terus menyerang Fatun. Dengan pukulan dan tumbukan yang kuat Fatun yang berbadan besar itu jatuh rebah dan terus mati.


3. Mukjizat bercakap dengan Tuhan


Setelah selamat dari penganiayaan Firaun, Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s telah membawa kaumnya kesuatu tempat di hujung di antara laut merah iaitu tidak jauh dari daerah Tursina. Bagi kesejahteraan dan kerukunan hidup kaumnya Nabi Musa a.s mengharapkan adanya peraturan-peraturan hidup yang tertentu yang dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup mereka. Sebab itulah Nabi Musa a.s telah bermohon kepada Allah S.W.T agar diturunkan sebuah kitab untuk dijadikan pedoman hidup untuk kaumnya Bani Israel yang degil itu.


Untuk memenuhi permintaan itu, Allah telah memerintahkan Nabi Musa supaya mensucikan diri terlebih dahulu iaitu dengan cara berpuasa selama 30 hari lamanya. Setelah itu Nabi Musa a.s pun diperintahkan oleh Allah untuk datang ke Tursina, di mana Nabi Musa akan memperolehi peluang untuk bercakap-cakap dengan Allah. Untuk pergi ke Tursina Nabi Musa a.s telah memilih seramai 70 orang di antara kaumnya.


Kemudian Nabi Musa memutuskan untuk segera pergi ke Tursina bagi menemui Tuhannya. Nabi Musa berasa adalah lebih baik dia cepat sampai ke Tursina sebelum waktu yang telah ditetapkan oleh Allah. Bagaimanapun Allah telah memerintahkan kepadanya agar beliau menunggu sampai bilangan 40 hari sejak sewaktu dia berangkat.


Setelah sampai pada waktu yang ditentukan, Nabi Musa a.s pun berangkat seorang diri menemui Allah di Tursina di atas bukit Sinai. Segala urusan kaumnya telah diserahkan kepada Nabi Harun a.s sebagai wakilnya untuk mengatur segala keperluan sehingga Nabi Musa kembali membawa amanah Tuhan yang maha kuasa.


Di puncak gunung itu, Nabi Musa telah bercaka p-cakap dengan Allah, itulah suatu kejadian yang belum pernah dialami oleh seorang manusia di masa itu selain Nabi Musa. Dalam percakapan itu, Allah telah menjelaskan hakikat ilmu agama, tentang pedoman dan petunjuk, aturan dan hukum yang tidak boleh dilanggar. Setelah selesai percakapan itu Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberi kesempatan kepadanya untuk melihat sendiri rupa Allah, kerana selain keinginannya sendiri hal itupun pernah diminta oleh kaumnya.


Maka Allah pun berfirman yang berbunyi : “Engkau tidak dapat melihatKu, tetapi pandanglah kearah gunung itu. Bila gunung itu masih tetap di situ maka engkau akan dapat melihat Allah, Aku”


Sebaik saja Nabi Musa a.s menoleh ke arah gunung yang dimaksudkan, tiba-tiba gunung tersebut bergerak-gerak lalu tenggelam ke dalam bumi. Melihat pemandangan yang luar biasa itu maka gementarlah seluruh tubuh Nabi Musa a.s lalu di tunduk dan bersimpuh sujud menyembah Tuhannya. Dengan rahmat Allah S.W.T, Nabi Musa dipelihara dari keadaan yang luar biasa itu. Hati menjadi tenang semula lantas diapun mengucapkan tasbih mensucikan diri dan membesarkan Allah S.W.T.


Setelah menerima kitab yang berisikan segala sesuatu yang diperlukan oleh Bani Israel maka berkatalah Nabi Musa a.s yang bermaksud : “Ya Tuhan ! Sesungguhnya aku telah engkau beri kemuliaan yang belum pernah Engkau berikan pada orang lain selain diriku” Allah pun berfirman kepadanya yang berbunyi :

Yang bermaksud :
“Hai Musa ! Aku telah memilihmu menjadi pembawa risalahKu dan perkataanKu untuk manusia. Maka ambillah apa yang telah Aku berikan ini dan bersyukurlah Engkau kepada Ku”
-Al-Araf : 144-


4. Tenggelamnya Qarun adalah akibat mukjizat Nabi Musa.


Qarun bin Yashar bin Qahits bin Laawi dan Yaakub dan Ishak bin Ibrahim a.s adalah anak kepada bapa saudara Nabi Musa a.s. Qarun amat fasih membaca dan menghafal kitab Taurat. Dia disifatkan sebagai seorang yang baik peringatannya dan cita-citanya mudah tercapai.
Oleh kerana beberapa kelebihan yang dimilikinya, beliau telah dilantik oleh Firaun menjadi pengawal kerajaannya. Kepada Nabi Musa a.s selalu mendekatinya kerana hubungan kerabat dan mendalami kitab Taurat.


Lama-kelamaan sifat Qarun yang terpuji beransur-ansur berubah kepada engkar apabila dia memiliki kekayaan harta bendar seperti emas, perak, permata, wang, ternakan, tanaman dan bentuk kekayaan lain yang luar biasa.


Punca kekayaan yang luar biasa itu diperolehi daripada ajaran Nabi Musa a.s kepadanya. Ianya berlaku setelah Nabi Musa a.s menerima wahyu kitab-kitab Taurat dan Allah S.W.T memerintahkan supaya wahyu itu ditulis dengan tinta emas. Maka Nabi Musa a.s memanggil Qarun yang mempunyai tulisan yang cantik bagi menulis wahyu itu. Ketika itu Qarun masih lagi hidup dalam serba kemiskinan.


Bagi membuat tinta emas. Allah S.W.T mengajarkan Nabi Musa a.s beberapa potong ayat dan ayat itu diturunkan kepada Qarun sebagai jurutulis kitab Taurat. Melalui ayat itu maka terjadilah emas sebagai mana yang dihajati dan wahyu itupun selesailah ditulis dengan tinta emas.


Tetapi bagi Qarun selepas tugas penulisan itu, dia dipengaruhi oleh pujukan syaitan dan akhirnya dia melanggar janjinya dengan Nabi Musa. Beliau membuat emas dan permata melalui ayat yang diajarkan untuk dirinya sendiri.


Diriwayatkan bahawa sebaik sja Qarun keluar dari rumahnya beliau mendapati rumahnya telah dilengkapi dengan perhiasan yang serba indah. Dan ada juga meriwayatkan bahawa ke mana saja beliau pergi beliau sentiasa diiringi oleh 4,000 pengiring yang berpakaian seragam.
Oleh kerana Qarun telah terlampau kaya, anak-anak kunci bagi gudang dan almari hartanya sehingga memerlukan 60 orang untuk membawanya. Adapun ukuran anak kunci tiap-tiap gudang itu tidak besar daripada jari tangan.


Dengan harta yang banyak itu dita telah membina rumahnya dengan harga yang mahal, besar dan seindah-indah rupa senia binaannya. Dalam pada itu timbullah rasa iri hati di kalangan orang-orang miskin yang lemah imannya dan berkata : “Amboi bahagianya Qarun ! Alangkah baiknya kalau aku jadi sepertinya” Manakala pihak-pihak yang teraniaya oleh perbuatan Qarun maka ramailah yang menyumpah seranahnya.


Tatkala turun ayat perintah membayar zakat kepada Nabi Musa, maka Qaran berhajat untuk berpakat dengan Nabi Musa bahawa cara beliau mengeluarkan zakat ialah dengan satu dinar pada nisbah setiap satu dirham. Pada hal zakat yang diwajibkan kepada mereka ialah satu perempat daripada hart daripada harta kekayaannya. Qarun beranggapan bahawa zakat yang disyaratkan oleh Nabi Musa itu cukup banyak dan berat.


Dia bimbang hartanya yang banyak akan berkurangan kerana mengeluarkan zakat. Setelah pakatannya ditolak, maka beliau memutuskan untuk tidak akan mengeluarkan zakat sebagaimana yang diwajibkan itu untuk selama-lamanya.


Setelah peristiwa pakatan itu ditolak oleh Nabi Musa a.s maka berkatalah Qarun kepada Bani Israel. “Sesungguhnya Musa mahu merampas harta bendaku dan kemudiannya harta benda kamu” Maka kaum Bani Isreal pun menjawab : “Tuan adalah pemimpin kami, maka perintahkan sekehendak tuan” Kata Qarun : “Datanglah kepadaku seorang perempuan lacur”
Maka mereka pun mematuhi perintah Qarun lalu membawa seorang perempuan lacur sebagaimana yang dikehendaki. Kemudian Qarun memberikan 1000 dinar kepada perempuan lacur itu dan berpesan kepadanya : “Katakan bahawa Musa telah menggauli engkau dan sedang hamil lantaran perbuatan Musa”


Pada perayaan kaun Bani Israel, maka Qarun pun mengumpulkan orang-orangnya disatu majlis. Di majlis itu Qarun berkata kepada Nabi Musa : “Berilah kami nasihat singkat tapi mengena” Nabi Musa pun member nasihat, katanya : “Barangsiapa mencuri kita potong tangannya, barangsiapa penuduh zina tanpa alasan kita rotan dan barangsiapa zina muhsan maka kita rejam.” “Meskipun engkau yang melakukannya” Tanya Qarun.


Nabi Musa menjawab : “Meskipun saya sendiri” Maka Qarun pun berdiri lalu berseru :
“Sungguh orang-orang Bani Isreal menuduh engkau berbuat zina dengan perempuan ini”
“Panggil dia !” jawab Nabi Musa a.s. Maka perempuan lacur itupun keluar dan dibawa ke hadapan Nabi Musa.


Maka berkatalah Nabi Musa :
“Demi Allah yang menciptakan engkau, yang menciptakan laut dan menurunkan kitab Taurat, hendaklah engkau berkata benar !”
Dengan kehendak yang Maha Esa, segala yang dirancangkan oleh Qarun tidak terlaksana sebaliknya Allah telah menolong Nabi Musa di mana wanita telah berkata : “Hai Musa, engkau bebas dan bersih dari apa-apa yang dituduh oleh Qarun. Sesungguhnya Qarun telah member wang kepadaku sebanyak 1000 dinar agar aku mengaku bahawa engkau telah melakukan lacur denganku, sedangkan aku takur kepada Allah S.W.T untuk menuduh lacur kepada utusanNya.”
Maka Nabi Musa pun sujud sambil menangis dan berkata : “Ya Allah Tuhanku, bila aku ini Nabi Mu yang sebenar-benarnya maka tolanglah aku”.


Allah S.W.T memberi wahyu kepadanya dan kataNya : “Wahai Musa, sesungguhnya bumi ini telah aku jadikan tunduk kepada perintah mu, maka perintahkanlah dia sekehendak Mu”
Nabi Musa pun berseru kepada kumpulan Bani Israel : “Barangsiapa yang bersama Qarun supaya tetap dengan dia. Barangsiapa dengan aku menyisihlah dari Qarun.”.


Maka orang ramaipun mengasingkan diri dari Quran kecuali dia orang. Kemudian Nabi Musa a.s memerintahkan kepada bumi, katanya : “Hai bumi, telanlah mereka itu”. Maka bumipun menelan Quran dan pengiringnya sampai kelutut. Kemudian Nabi Musa a.s memerintahkan lagi : “Hai bumi, telanlah mereka”. Bumipun menelan mereka sampai ke pusat. Mereka menyumpah-nyumpah terhadap Nabi Musa.


Nabi Musa memerintahkan lagi kepada bumi bagi kali yang ketiga : “Telanlah mereka”
Maka bumipun menelan mereka sampai ke leher dan mereka tetap menyumpah-nyumpah Nabi Musa sedangkan Nabi Musa tidak berpaling kepada mereka kerana marahnya. Nabi Musa memerintahkan kepada bumi bagi kali keempat : “Telahlah mereka” Maka bumipun menelan mereka sepenuhnya.


Pada masa kejadian ini kelihatan Bani Israel berbisik-bisik sesama sendiri mengikut tafsiran mereka dengan katanya : “Musa berdoa supaya Quran ditelah bumi agar dia dapat mewarisi rumah dan harta kekayaan Quran”. Bisikan itu didengari oleh Nabi Musa, maka beliaupin bermohon kepada Allah. Maka dengan izin Allah rumah dan harta kekayaan Quran pun ditelan bumi sepenuhnya.


Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Maka telah Kami tenggelamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi”
Maka rumah itu mulai bergerak-gerak dan menghilang ke dalam bumi sehingga kedasar bumi yang paling bawah serta tetap tinggal didalamnya sampai hari sangkala ditiup iaitu Hari Kiamat.


5. Mukjizat tongkat Nabi Musa.


Firaun kelihatan agak marah, tetapi perdebatan tetap diteruskan berjalan dalam suasana hangat. Raja Mesir itu cuba mempertahankan kewibawaan dan kedudukannya sebagai pemerintah dan penguasa Mesir, lalu Firaun bertanya lagi kepada Nabi Musa :
“Siapakah Tuhan yang kamu sebut-sebutkan itu, adakah di atas bumi ini selain aku yang patut disembah dan dipuja?” “Ya memang ada” ujar Nabi Musa “Tuhan mu, Tuhan nenek moyangmu dan Tuhan sekalian alam ini”.


Kemudian Firaun berkata kepada penasihat-penasihat dan pembesar-pembesarnya bahawa rasul yang diutus kepada mereka itu adalah orang gila. Kemudian Firaun berkata pula siapakah Tuhan Nabi Musa. Lantas Nabi Musa pun menerangkan bahawa Tuhannya ialah Tuhan yang memberikan kepada setiap makhluk sesuatu bentuk kejadian, kemudian member petunjuk kepadanya.


Firaun mengemukakan pelbagai soalan kepada Nabi Musa. Semuanya dijawab dengan munasbah sehingga Firaun tidak dapat menolak keterangan dan dalil-dalil Nabi Musa.
Firaun tersinggung dengan hujah-hujah Nabi Musa dan dia berasa darjatnya terhina sebagai raja Mesir yang mempertuhankan dirinya. Firaun mengancam Nabi Musa dengan katanya :
“Wahai Musa ! Jika kamu mengakui Tuhan selain daripada aku, pasti aku masukkan kamu ke dalam penjara”


“Hingga begitu sekali” kata Nabi Musa lalu menyambung “apakah kamu akan memenjarakan aku walaupun aku dapat membuktikan kebenaran kata-kata itu”. Firaun terus berkeras dan meminta Nabi Musa memberikan bukti dan tanda-tanda yang menunjukkan kebenaran kata-kata beliau. Begitulah lebih kurang perdebatan antara Nabi Musa dan Firaun yang terdapat dalam Al Quran surah ‘Asy Syura ayat 18 hingga 31.


Untuk membuktikan kebenaran kata-katanya lantas Nabi Musa pun segera meletakkan tongkatnya di atas lantai. Dengan serta merta tongkat itu bertukar menjadi seekor ulan besar merayap kearah Firaun. Firaun ketakutan dan melompat turun dari singgahsananya. Kemudian Firaun berkata : “Wahai Musa ! Demi asuhanku selama 18 tahun terhadapmu panggillah kembali ularmu itu”.


Kemudian Nabi Musa memegang ulan itu lalu iapun kembali menjadi tongkat. Firaun kagum dengan keajaiban tongkat itu. “Adakah kamu mempunyai bukti yang lain yang boleh kamu tunjukkan kepadaku” Tanya Firaun lagi.


Nabi Musa mengakui masih ada lagi bukti yang boleh ditunjukkan kepada Firaun. Lalu diapun memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam baju kemudian dikeluarkan semula, tangan menjadi berkilau-kilau. Cahaya kilauan tangan Nabi Musa itu menyilau mata Firaun dan pembesar-pembesar yang berada disekelilingnya.


Walaupun Nabi Musa telah menunjukkan buktinya namun Firaun tetap berdegil dan tidak mahu menyerah kalah kepadanya. Firaun meminta pembesar-pembesar dan rakyatnya jangan terpengaruh dengan dua pertunjukkan Nabi Musa itu.


Kata Firaun kepada rakyat yang berada di majlis itu : “Musa adalah ahli sihir yang cekap dan mahir, kedatangannya adalah bertujuan untuk menguasai Mesir dan penduduknya”
Atas anjuran Haman, penasihat Firaun, Nabi Musa disuruh pulang dan datang lagi semula ke istana pada waktu lain apabila tukang-tukang sihir-sihirnya dapat dikumpulkan untuk berlawan dengan Nabi Musa.


Pada saat yang ditentukan, berkumpullah mereka semua di istana Firaun. Firaun dapat mengumpulkan tukang-tukang sihirnya yang dianggap boleh mengalahkan Nabi Musa.
Selepas masing-masing mengambil tempat, ahli-ahli sihir Firaun melemparkan tongkat dan tali ke tengah medan pertandingan itu. Dengan segera benda-benda itu menjelam menjadi ular. Kemudian Nabi Musa melemperkan tongkatnya pula. Ahli sihir itu berasa kagum melihat ular jelmaan dari tongkat Nabi Musa menelan kesemua ahli-ahli sihir mereka.


Ahli-ahli sihir Firaun tunduk sujud kepada Allah dan menyerah kalah di hadapan Nabi Musa sambil berkata : “Ini bukan permainan sihir yang seperti kami ketahui, ia digerakkan oleh kuasa ghaib yang menunjukkan kebenaran Nabi Musa”. Firaun yang angkuh dan sombong ini memandang tajam terhadap ahli-ahli sihirnya yang berpaling tadah kepada Nabi Musa. Firaun marah dan berleter kepada ahli-ahli sihirnya kerana tidak boleh mengalahkan kepandaian Nabi Musa.


Akhirnya dengan perintah Firuan, ahli-ahli sihir itu dihukum potong tangan dan kaki mereka kerana berpaling tadah.

MUKJIZAT NABI IDRIS



MUKJIZAT NABI IDRIS



Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi Idris adalah salah seorang nabi dan rasul yang utama. Beliau adalah merupakan datuk kepada ayah Nabi Nuh a.s sebagaimana yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari r.a.



Nama Nabi Idris yang sebenarnya ialah Ukhunuh, oleh kerana dia tekun mempelajari ilmu agama dan kitab-kitab Allah, maka beliau telah dikenali sebagai Idris.



Menurut riwayat, Nabi Idris adalah seorang nabi yang mula-mula sekali pandai menulis dengan kalam dan boleh membaca. Disebabkan kebolehan beliau itu maka Allah S.W.T telah menurunkan 30 syahifah yang berupa petunjuk daripadaNya untuk disampaikan kepada umatnya yang terdiri daripada keturunan Qabil iaitu putera kepada Nabi Adam a.s yang menderhaka kepada Allah.



Selain daripada terkenal kerana kebolehannya menulis dan membaca beliau juga adalah merupakan orang yang pertama sekali berkebolehan menunggang kuda, mengetahui ilmu bintang, pandai mengira serta memerangi orang-orang yang menderhakai Allah S.W.T. Beliau juga adalah orang pertama sekali yang pandai menggunting dan menjahit pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang.



Kehidupannya sehari-hari sentiasa diisi dengan kegiatan beribadah kepada Allah serta menolong orang-orang miskin. Pada masa lapang beliau gunakan waktu itu untuk menjahit pakaian. Biasanya apabila pakaian itu siap dia akan memberikannya kepada orang yang miskin. Di samping itu setiap hari dia tidak pernah lepas dari berpuasa.



Nabi Idris a.s adalah seorang yang tidak pernah lupa untuk berbakti dan beribadar kepada Allah S.W.T. meskipun dia sibuk menghadapi tugas-tugas harian. Nabi Idris juga adalah seorang gagah, beliau mempunyai kekuatan yang amat luar biasa, oleh kerana sifatnya liar biasa itu tidak terdapat pada orang lain maka beliau dikenali sebagai ‘Asadul Usud’ atau Singa dari segala singa’.



Dengan sifatnya yang gagah yang dikurniakan oleh Allah itu dapatlah dia memerangi orang-orang yang derhaka terhadap Allah S.W.T Allah S.W.T telah mengurniakan darjat yang tinggi sebagaimana yang diterangkan di dalam surah Mariam ayat 56-57 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Terangkanlah (hal)Idris yang tersebut di dalam Al Quran bahawa Idris adalah seorang Nabi yang benara dan Tuhan telah meninggikan darjatnya.”
Oleh kerana ketinggian darjatnya itu maka Allah berfirman dalam surah Al Anbia ayat 85-86 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Ingatlah akan kisah Ismail, Idris dan Zulkifli, mereka semua termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sabar. Kami masukkan mereka itu ke dalam rahmat Kami, sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang soleh.”



1. Mukijizat menikam mata iblis.



Memandangkan Nabi Idris hidupnya sangat taqwa dan soleh, ini telah membuatkan Iblis dan Syaitan berasa iri hati. Ini kerana Iblis dan Syaitan memang memusuhi orang yang taat dengan segala perintah Allah.



Pada suatu hari ketika Nabi Idris sedang duduk menjahit baju secara tiba-tiba dan entah dari mana datangnya, muncullah seorang lelaki di hadapan pintu rumahnya sambil memegang sebutir telur di tangannya. Kata Iblis yang menyamar sebagai lelaki itu :
“Ya Nabi Allah ! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini ?”
Sebaik saja Nabi Idris melihat lelaki itu, tahulah dia bahawa orang yang berada dihadapannya itu adalah Iblis yang dilaknat. Nabi Idris pun berkata :
“Marilah dekat kepada aku, dan tanyalah apa yang engkau mahu.” Kata Nabi Idris dengan nada yang lemah lembut.



Iblis yang menyangka dirinya pintar itu datang menghampiri Nabi Idris. Maka Iblis pun berkata lagi :
“Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini.”
“Usahkan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini malah ke dalam lubang jarum aku ini pun tuhan aku berkuasa melakukannya.”



Lalu dengan secepat kilat Nabi Idris menikam mata Iblis itu dengan jarumnya. Sebaik saja jarum itu mengenai matanya, Iblis menjerit kesakitan. Dia terkejut dan tidak menyangka bahawa Nabi Idris akan mengetahui tipu dayanya. Oleh kerana bisanya cucukan jarum itu maka mata Iblis itu telah menjadi buta. Tanpa membuang masa Iblis pun lari dari situ dan terus menghilangkan diri setelah menerima pengajarannya.



2. Nabi Idris dengan malaikat Izrail.



Kealiman Nabi Idris pada masa dahulu bukan saja membuat setiap manusia ingin berkenalan dengannya bahkan para malaikat juga turut berminat hendak berkenalan.
Suatu ketika malaikat Izrail telah bercadang hendak berkenalan dengan Nabi Idris a.s. Bagaimanapun sebelum pergi menemui Nabi Idris, malaikat Izrail telah menghadap Allah S.W.T utuk meminta izin bertandang ke rumah Nabi Idris.
Setelah mendapat keizinan dari Allah, maka malaikat Izrail pun pergi ke rumah Nabi Idris dengan menyamar sebagai seorang biasa. Pada mulanya Nabi Idris tidak mengetahui bahawa tetamunya itu adalah malaikat Izrail, bagaimanapun lama kelamaan Nabi Idris berasa syak terhadap tetamunya itu. Maka suatu hari Nabi Idris pun bertanya kepada tetamunya itu, katanya : “Siapakah enkau sebenarnya wahai kawan.”
“Saya sebenarnya malaikat pencabut nyawa.” Kata malaikat Izrail berterus terang. Mendengar jawapan itu Nabi Idris berasa amat terkejut.



“Apakah kedatanganmu ke mari kerana hendak mencabut nyawa aku.” “Bukan Nabi Allah, saya datang kemari kerana hendak berkenalan kerana kami amat mengkagumi iman dan kesolehanmu.” Kata Izrail lagi. “Oh… kebetulan sekali”, kata Nabi Idris. Jawapan itu menimbulkan kehairanan pada malaikat Izrail.



“Sebenarnya saya ingin sangat hendak mati, kerana saya hendak merasakan bagaimanakah sakitnya ketika nyawa itu dicabut. Supaya dengan itu akan menambahkan lagi amalan saya kepada Allah. Sesudah saya merasakan itu semua, engkau berdoalah kepada Allah supaya saya diizinkan untuk hidup kembali seperti sedia kala.”



Mendengar kata-kata Nabi Idris itu, malaikat Izrail pun berkata : “Maafkanlah ya Nabi Allah ! Sebenarnya saya belum pernah mencabut nyawa seseorang kecuali dengan izin Allah.”
Habis saja dia berkata begitu, turunlah wahyu dari Allah kepadanya untuk mencabut nyawa Nabi Idris a.s Setelah mendapat wahyu itu maka dicabutlah nyawa Nabi Idris a.s Kematian Nabi Idris telah membuat malaikat Izrail berasa amat sedih kerana telah kehilangan kawan rapatnya. Dalam kesedihan itu dia berdoa kehadrat Allah supaya Nabi Idris dihidupkan kembali. Allah mengkabulkan doanya, Nabi Idris hidup seperti sedia kala.



Sebaik saja Nabi Idris mulai hidup, Nabi Idris pun berkata : “Wahai sahabatku ! Aku mengucapkan terima kasih kepadamu kerana doamu itu telah menyebabkan aku hidup kembali.”



“Bagaimanakah rasanya ketika nyawamu dicabut tadi?” Tanya malaikat Izrail.
“Aduh sahabat, orang yang disiat kulitnya pun cukup sakit. Tapi jika dibandingkan ketika nyawa dicabut rasanya sakitnya tidak dapat hendak aku gambarkan.” Ujar Nabi Idris bersungguh-sungguh.



“Wahai Nabi Allah ! Sesungguhnya ketika saya mencabut nyawamu aku mencabut nyawa sehalus ini”, kata malaikat Izrail. Kemudian Nabi Idris berkata lagi : “Wahai sahabatku Izrail ! Sudikah engkau membawa aku melihat neraka.”



“Ya sahabatku, bagaimana aku dapat membawamu ke neraka tanpa izin Allah seperti mana yang engkau pinta untuk merasakan mati dahulu” jawab malaikat Izrail.



Setelah Nabi Idris menyatakan hasratnya, kemudian turunlah wahyu kepada malaikat Izrail yang mengizinkan beliau untuk membawa Nabi Idris pergi melihat neraka. Sebaik saja mereka berdua sampai di neraka, Nabi Idris berasa amat takut menyaksikan keadaan neraka yang mengerikan itu.



Kemudia Nabi Idris meminta pula malaikat Izrail membawanya ke syurga. Setelah mendapat wahyu dari Allah, lantas malaikat Izrail pun membawa Nabi Idris ke syurga.



Setelah sampai di pintu syurga, malaikat Izrail menyuruh Nabi masuk ke dalam untuk menyaksikan kemudahan dan kenikmatan syurga dengan mata dan kepala beliau sendiri. Setelah agak lama malaikat Izrail menunggu di luar, lalu diapun berkata : “Ya … Nabi Idris, keluarlah. Saya sudah lama menunggumu.”



Malaikat Izrail berasa hairan kenapa Nabi Idris tidak keluar-keluar. “Wahai sahabatku Izrail. Aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepadamu kerana telah sudi menghantar aku kesyurga ini. Aku tidak mahu keluar sebab bukankah aku telah merasakan mati.” Kata Nabi Idris dari dalam syurga.



Alangkah terkejutnya malaikat Izrail apabila Nabi Idris berkata begitu. Dan tidak menyangka begitu kesudahannya, lalu dia berkata lagi : “Wahai Nabi Allah ! Mana boleh tuan duduk di dalam syurga sebab tuan belum mendapat keizinan dari Allah”



Menurut riwayat, Allah S.W.T telah memerintahkan malaikat Izrail meninggalkan Nabi Idris di syurga buat selama-lamanya.

MUKJIZAT NABI SULAIMAN


MUKJIZAT NABI SULAIMAN


Nabi Sulaiman adalah merupakan anak kepada Nabi Daud a.s dan anak bongsu keturunan yang ke 13 Nabi Ibrahim a.s. Nabi Sulaiman juga adalah seorang Rasul yang utama.


Allah S.W.T telah mengurniakan belbagai kelebihan kepada beliau terutama sekali kecerdikan, kebijaksanaan dan keadilan memerintah. Nabi Sulaiman telah mewarisi takta kerajaan ayahnya Nabi Daud tatkala umurnya 13 tahun iaitu setelah wafatnya Nabi Daud a.s.


1. Mukjizat kepintaran dan kebijaksanaan.


Menurut suatu riwayat, pernah suatu ketika semasa beliau berumur 11 tahun, dua orang lelaki telah datang mengadap bapanya Nabi Daud kerana menghadapi perselisihan mengenai seekor kambing yang telah memakan tanamannya. Oleh kerana perkara itu tidak dapat diselesaikan maka mereka pun meminta Nabi Daud mengadili perkara itu.


Tuan punya ladang itu menyatakan dia mengalami kerugian kerana segala tanamannya telah habis dimakan oleh kambing kepunyaan penggembala itu. Oleh yang demikian dia meminta kerugiannya digantikan dengan kambing ternakan kawannya itu. Bagaimanapun penternak itu tidak bersetuju.


Setelah mendengar penjelasan dari kedua belah pihak, lantas Nabi Daud bersetuju cadangan petani itu kerana kerugian itu mesti dibayar atau diganti.


Nabi Sulaiman yang berada di majlis itu meminta perkara itu diserahkan kepadanya untuk diadili. Nabi Daud bersetuju tetapi beliau mahu mendengar keputusan itu terlebih dahulu.
Kemudian Nabi Sulaiman memberikan pendapatnya, beliau menyuruh kambing ternak penggembala itu diserahkan kepada petani yang mengalami kerugian itu akibat tanamannya di makan oleh kambing-kambing beliau selama setahun dengan itu petani itu akan mendapat faedah dari hasil air susu anak kambing itu dan bulunya sebagai ganti kerugian yang dialami oleh petani itu.


Manakala kebun petani itu pula diserahkan kepada penggembala kambing itu untuk dip agar dan dijaga sehingga kembali seperti sedia kala. Setelah cukup tempoh setahun mereka masing-masing akan menerima semula milik mereka dengan cara itu mereka tidak akan rugi atau untuk melebihi daripada yang dialami.


Akhirnya keputusan Nabi Sulaiman itu diterima oleh kedua-dua lelaki itu. Nabi Daud dan para hadirin yang menghadiri majis itu berpuas hati mendengar saranan Nabi Sulaiman. Mereka kagum dengan kebijaksanaan dan keberanian Nabi Sulaiman dalam memberikan pendapatnya melebihi pemikiran orang dewasa.


Dalam suatu peristiwa lain, juga memperlihatkan kepintaran dan kebijaksanaan Nabi Sulaiman. Pernah suatu ketika dua orang wanita telah mengadu kepada Nabi Daud mengenai seorang bayi yang masing-masing mengaku anaknya.


Kisahnya bermula apabila kedua wanita itu meletakkan anak masing-masing ditempat yang sama sebelum mereka pergi ke kebun. Semasa mereka sedang tekun bekerja tanpa disedar salah seorang daripada bayi wanita itu telah dilarikan oleh seekor serigala. Semasa mereka hendak berehat mereka dapati salah seorang daripada mereka itu telah hilang dari tempat tidurnya. Oleh kerana bayi itu tinggal seorang maka itulah punca yang menjadi perebutan diantara kedua wanita itu.


Setelah mendengar pengaduan kedua-dua wanita itu, Nabi Sulaiman memohon untuk mengadili perkara itu. Setelah dibenarkan oleh bapanya Nabi Daud, lalu beliau berkata kepada kedua wanita itu supaya jangan berbalah. Perkara ini amat mudah diselesaikan, biar bayi itu dibelah dua daripada kepala hingga keperutnya, kemudian kamu ambil bayi itu sebelah seorang.
Wanita yang sebenarnya menjadi ibu kepada bayi itu sangat terperanjat mendengar saranan Nabi Sulaiman lalu diapun berkata : “Jangan tuanku belah bayiku itu, akan sangat sayang kepadanya, daripada bayi itu dibunuh belah dua lebih baik diberikan saja bayi itu kepada wanita yang mengaku bayi itu anaknya.”


Muka ibu itu pucat, dia kelihatan cemas dan takut, manakala wanita yang seorang lagi tidak menunjukkan reaksi apa-apa diwajahnya. Bagi Nabi Sulaiman seorang ibu itu tidak akan tergamak melihat musibah menimpa ke atas anaknya. Dia akan rela berkorban apa saja asalkan anaknya itu senang dan selamat hidupnya. Dengan itu mengertilah Nabi Sulaiman bahawa wanita yang terkejut mendengar keputusannya dan merelakan anak itu diserahkan kepada wanita seorang lagi itu adalah ibu bayi yang sebenarnya. Akhirnya Nabi Sulaiman mengambil bayi itu dan menyerahkannya kepada wanita tersebut.


2. Mukjizat menggunakan angin sebagai kenderaan.


Nabi Sulaiman mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Beliau telah diizinkan oleh Allah untuk menguasai angin sebagaimana yang tercatat di dalam Al Quran, Surah Saba’ yang berbunyi :


Maksudnya :
“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air daripada tembaga, dan Kami mudahkan sebahagian daripada jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api nereka.” -Saba : 12-


Rakyat Nabi Sulaiman pada masa itu bukan sahaja terdiri dari makhluk yang bernama manusia sahaja bahkan sekalian burung, binatang, jin, syaitan, semut-semut dan segala yang melata di bumi ini adalah menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaanya.
Dalam suatu riwayat menceritakan, pada suatu hari semasa Nabi Sulaiman sedang menaiki angin dalam rangka mengawasi kerajaannya yang luas itu tanpa disedari baginda telah sampai sebuah negeri yang bernama Askalan.


Di situ baginda telah sampai ke sebuah kawasan luas yang dipenuhi dengan semut-semut. Semasa Nabi Sulaiman sampai di situ, semut-semut itu sedang berkumpul kerana mengadakan mesyuarat untuk mencari jalan bagi menghindarkan diri dari bahaya pijakan kaki tentera Nabi Sulaiman. Dari jauh Nabi Sulaiman dapat mendengar segala kata-kata panglima semut itu memberikan perintah kepada sekalian rakyatnya.


Mendengar kata-kata itu Nabi Sulaiman tersenyum gembira atas kebolehannya yang dianugerah oleh Allah kepada sehingga berupaya memahami bahasa semut.
Firam Allah di dalam Al Quran surah An Naml ayat 18 dan 19 yang berbunyi :

Maksudnya :
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Wadian Naml (lembah semut sebuah tempat di Palestin) berkatalah seekor semut, wahai sekalian semut masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu sedang mereka tidak menyedari.”


“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa seraya berkata, wahai Tuhanku, Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan dinikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibu bapaku, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaNya yang soleh.”


3. Mukjizat melihat perbendaharaan alam.


Nabi Sulaiman a.s adalah satu-satunya Nabi dan Rasul yang dikurniakan oleh Allah S.W.T berkeupayaan melihat akan segala kekayaan alam yang ada tersimpan di perut bumi sama ada emas, perak, besi dan juga tembaga. Begitu harta kekayaan yang berada di dalam laut yang dalam seperti mutiara berbagai-bagai permata yang mahal harganya.


Nabi Sulaiman juga dapat menguasai jin dan syaitan untuk dikerah menyelam dan mengeluarkan mutiara dan benda-benda berharga dari laut serta membuat kerja-kerja yang lain seperti mendirikan bangunan dan benda-benda yang dikehendakinya.


Walaupun Nabi Sulaiman mewarisi takhta kerajaan daripada bapanya Nabi Daud ketika masih muda, tetapi kerana kecerdikan dan kebijaksanaannya memerintah beliau dengan dibantu oleh perdana mentee yang berpengalaman.


Kawasan perintahan Nabi Sulaiman merangkumi pulau-pulau dipersekitarannya. Ini termasuklah pulau Saidun. Pulau ini didiami dan diperintah oleh seorang puteri cantik yang bernama Jaradah. Jaradah telah memeluk agama Islam setelah pulau itu diperintah oleh kerajaan Nabi Sulaiman.


Walaupun Jaradah telah menganut agama Islam tetapi kerana pengetahuan agama Islamnya cetek beliau tetap menyembah patung-patung yang menjadi kebiasaan penduduk pulau itu beribadat. Sepanjang pernikahan Jaradah dengan Nabi Sulaiman, beliau telah menyembah patung-patung itu selama 40 hari sebelum beliau mengetahui bahawa menyembah patung itu adalah salah di sisi Islam.


4. Mukjizat cincin hikmat


Nabi Sulaiman mempunyai sebentuk cincin yang sering dipakainya semasa tempoh pemerintahannya. Cincin ini juga adalah merupakan sebahagian daripada mukjizat-mukjizat yang dianugerah oleh Allah kepadanya. Cincin hikmat ini juga ada pantangnya di mana ia tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas tidak boleh dipakai semasa sedang membuang air besar atau kecil. Setiap kali beliau hendak membuang air besar atau kecil, cincin itu akan diserahkan kepada orang kepercayaannya di istana itu yang bernama Aminah.


Pada suatu hari seperti biasa apabila dia hendak ke tandas cincin diserahkannya kepada Aminah. Dengan kehendak Allah, Allah telah menguji kehandalannya dan untuk membuktikan bahawa manusia itu walaupun menjadi nabi dan rasul tetapi kalau tanpa pertolongan Allah mereka tidak akan berdaya.


Tanpa disedari oleh Nabi Sulaiman ada jin yang telah menyerupai dirinya dan mengambil cincin hikmat itu dari Aminah. Dengan ketiadaan cincin itu Nabi Sulaiman tidak boleh memerintah negerinya sehingga beliau memakai semula cincin itu. Selama 40 hari lamanya barulah Nabi Sulaiman mendapat semula cincinnya.


5. Mukjizat memindahkan Istana Puteri Balkis


Menurut riwayat, selepas Baitulmaqdis dibangunkan dan setelah mengerjakan ibadat haji, Nabi Sulaiman dan angkatan tenteranya telah mara ke selatan menuju ke sebuah negeri yang berdekatan dengan lautan Hindi yang pada masa ini dikenali sebagai Yaman dan pada masa itu dikenali sebagai Sabak.


Angkatan tentera Nabi Sulaiman yang terdiri daripada manusia dan jin tidak terhitung ramainya. Manakala angkatan burung pula berterbangan di atas bagi melindungi mereka daripada kepanasan matahari. Nabi Sulaiman mengetuai angkatan tenteranya dengan menaiki seekor kuda.


Setelah beberapa hari perjalanan meredah padang pasir, akhirnya merekapun sampai di sebuah tempat bernama Askalan di mana di tempat itulah Nabi Sulaiman terdengar penghuni semut memerintahkan rakyatnya masuk ke dalam lubang masing-masing agar tidak dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman.


Setelah penat berjalan mereka berhenti dilembah semut itu selama sehari semalam. Keesokan harinya barulah mereka meneruskan perjalanan. Beberapa hari kemudian Nabi Sulaiman dan angkatan tenteranya telah kehabisan bekalan air lalu beliau memerintah beberapa orang askarnya mencari air di merata kawasan di situ. Malangnya askar tersebut tidak menjumpai kawasan-kawasan yang mengandungi air, lantas Nabi Sulaiman pun memerintahkan jin-jinnya mengorek tanah untuk mendapat air.


Setelah telaga itu dikorek sedalam-dalamnya namun mereka masih tidak menjumpai air yang sangat diperlukan itu. Kemudian Nabi Sulaiman memutuskan untuk menyuruh burung hud-hud (belatuk) mencari air kerana hanya dialah saja yang tahu di mana terdapat air. Lalu Nabi Sulaiman bertitah supaya burung hud-hud datang menghadapnya, tetapi Nabi Sulaiman diberitahu bahawa burung hud-hud tidak ada. Nabi Sulaiman tersangat marah lalu diapun keluar pergi ke tempat burung itu menginap.


Kemudian Nabi Sulaiman bertanya kepada burung gagak adakah burung hud-hud sengaja tidak mahu mengadap. Maka burung gagak pun berkata bahawa burung hud-hud telah terbang kea rah selatan. Sekali lagi Nabi Sulaiman menjadi marah kerana burung hud-hud telah mengabaikan tugasnya. Nabi Sulaiman telah mengancam akan menyembelih burung hud-hud kerana dia telah melanggar perintah dan meninggalkan tugasnya.


Dalam pada itu perdana menteri Nabi Sulaiman yang bernama Arif simpati terhadap burung hud-hud lalu dia berkata kepada Nabi Sulaiman bahawa inilah kali pertama burung hud-hud itu menderhaka. Dan katanya lagi mungkin jin yang telah menghilangkan air hinggakan tanah yang digalipun tidak berair.


Lantas Nabi Sulaiman memerintahkan angin membawa air ke situ. Tidak lama kemudian tibalah segumpal awan menurunkan hujan kepada Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang telah kehabisan air itu.


Sebenarnya burung hud-hud itu bukanlah mengabaikan tugasnya tetapi tujuan dia pergi ke selatan itu adalah kerana hendak meninjau kalau-kalau adanya terdapat air di sana. Malangnya dia telah terlupa untuk memberitahu kepada Nabi Sulaiman akan pemergiannya itu.
Semasa burung hud-hud itu terbang ke selatan beliau telah menemui air disebuah tasik di tepi sebuah istana yang mewah. Istana itu terletak di atas bukit dan negeri itu diperintah oleh Puteri Balkis. Selain melihat air, burung hud-hud juga telah meninjau ke dalam istana Puteri Balkis itu. Apabila menyedari dia telah terlewat diapun terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman.
Dengan perasaa takut dia mengadap Nabi Sulaiman lalu diapun menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia juga menceritakan bagaimana Puteri Balkis itu menyembah matahari dan tidak kepada Allah. Mendengar penerangan itu, Nabi Sulaiman menjadi tenang. Baginda berasa tidak senang hati mendengar Puteri Balkis itu menyembah matahari. Setelah Nabi Sulaiman mengampunkan burung hud-hud lalu Nabi Sulaiman menulis sepucuk surat kepada Puteri Balkis dalam usaha Nabi Sulaiman hendak menguji kebenaran kata-kata burung hud-hud itu.
Setelah surat itu selesai ditulis Nabi Sulaiman pun menyerahkannya kepada burung hud-hud untuk diberi kepada Puteri Balkis. Sebaik saja sampai di istana itu, burung hud-hud pun menjatuhkan surat itu di hadapan Puteri Balkis. Pada masa itu Puteri Balkis sedang bermesyuarat dengan pembesar-pembesar negerinya. Setelah menjatuhkan surat itu burung hud-hud segera menyorok di sebalik dinding di dalam istana itu.


Puteri Balkis hairan bagaimana surat itu boleh melayan dihadapannya. Beliau tidak nampak sesuatu yang disyaki menghantar surat itu. Lalu diapun membuka dan membaca surat itu. Antara isi kandungan surat itu menyatakan : “Surat ini datang daripada Sulaiman, jangan kamu takbur kepadaku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah kamu sekalian kepadaku menyerah diri.”


Puteri Balkis membaca surat itu berulang kali, dia bagai tidak percaya akan isi kandungan surat itu. Lalu diapun memanggil para penasihatnya untuk meminta buah fikiran mereka.
Setelah persetujuan dicapai, maka Puteri Balkis menetapkan hari penghantaran hadiah untuk diberikan kepada Nabi Sulaiman. Burung hud-hud yang tadi tadi memasang telinga terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan memberitahu akan rancangan Puteri Balkis. Burung hud-hud yang dari tadi memasang telinga terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan memberitahu akan rancangan untuk menghantar utusannya yang membawa hadiah sebagai jawapan surat yang dikiranya itu.


Nabi Sulaiman pun mengatur majlis penerimaan utusan Puteri Balkis. Kemudian beliau memerintahkan pasukan jinnya menyediakan sebuah bangunan yang tidak ada taranya pada itu untuk mengkagumkan rombongan Puteri Balkis itu. Tepat pada hari yang ditentukan rombongan Puteri Balkis itu pun sampai dengan membawa peti-peti permata, emas dan perak. Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya kepada rombongan itu tentang tujuan kedatangan mereka ke situ.


Ketua rombongan itu memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah untuk menjawab surat yang diberikan kepada Puteri Balkis pemerintah mereka. Nabi Sulaiman berkata :
“Bawalah pulang hadiah-hadiah ini kepada ratu kamu janganlah memujuk kami dengan harta benda. Allah telah memberi rezeki dan kekayaan serta nikmat kepada kami yang tidak pernah diberi kepada orang lain di samping itu beta diutus sebagai nabi dan rasul oleh Allah dan diberi kerajaan yang luas serta kekuasaan kepada manusia, malah kepada makhluk jin dan binatang. Beta tidak megah dengan harta dunia walaupun kamu memandang besar hadiah yang kau bawa ini. Kamu pulanglah ! Sampaikan pesan beta, kami akan hantar bala tentera yang kuat yang tidak akan dikalahkan oleh ratu Sabak.


“Tentera kami akan mengeluarkan ratu kamu dan pengikut-pengikutnya dari Sabak sebagai seorang yang hina yang tidak mempunyai kebesaran dan kerajaan untuk memerintah lagi.” Titah Nabi Sulaiman.


Kepulangan rombongan utusan membawa hadiah dari istana Nabi Sulaiman itu diikuti oleh burung hud-hud dari udara. Segala gerak geri dan perkembangan selanjutnya di istana diperhatikannya dengan teliti untuk membuat lapuran ke Nabi Sulaiman.
Setelah meneliti dan mendengar segala perkhabaran yang dibawa oleh utusannya maka Puteri Balkis pun menyedari tentang besarnya kekuasaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s Setelah habis utusannya bercakap diapun berkata : “Daripada Nabi Sulaiman datang ke sini dengan bala tenteranya adalah lebih baik aku dahulu mendatangainya dengan beberapa pengawalku dan aku pun ingin sekali menyaksikan dari dekat betapa hebatnya kerajaan Nabi Sulaiman itu.”
Mendengar rancangan Puteri Balkis itu burung hud-hud pun segera terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan menceritakan apa yang telah didengarinya.


Setelah itu Nabi Sulaiman segera memerintahkan jin-jinnya menyedia dan membangunkan sebuah istana tetamu. Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kepada ratu Sabak itu bahawa beliau mempunyai kuasa ghaib dan juga kuasa zahir. Beliau juga ingin membuktikan bahawa surat yang diutuskan dahulu bukanlah ugutan kosong.


Sebelum rombongan Puteri Balkis tiba, Nabi Sulaiman mengumpulkan rakyatnya dari kalangan manusia dan jin yang bijaksana, lalu beliau bertitah menanyakan sesiapa yang boleh membawa istana ratu Sabak itu sebelum ratu dan pembesarnya itu tiba.


Seorang jin bernama Afrit menjawab bahawa dia sanggup membawa takhta itu dengan segera. Manakala seorang menteri Nabi Sulaiman yang bernama Asif pula berkata dia boleh membawanya dalam sekelip mata sahaja. Setelah itu, Asif tunduk sambil berdoa. Seketika itu juga takhta ratu Sabak itu telah berada di hadapan mereka. Cerita berpindahnya istana ratu Sabak itu telah diterangkan oleh Allah di dalam Al Quran surah An Naml ayat 38-44.
Setelah Puteri Balkis sampai di istana Nabi Sulaiman lalu diapun dipersilakan masuk. Kata Nabi Sulaiman : “Masuklah ke dalam mahligai ini.”


Sebaik saja Puteri Balkis melangkah masuk dilihatnya lantai mahligai itu seolah-olah penuh dengan air lalu dia menyinsingkan kainnya sehingga ke paras betis agar tidak basah.
Melihatkan yang demikian Nabi Sulaiman pun berkata : “Ini bukan air, sesungguhnya mahligai ini diperbuat dari kaca yang licin berkilat.”


“Ya Tuhanku, rupanya aku telah menganiaya diri sendiri, tunduklah aku beserta Sulaiman kepada Tuhan seru sekalian alam.” Kata Puteri Balkis pula.


Akhirnya puteri Balkis pun beriman kepada Allah setelah melihat kebesaran kerajaan serta kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut setengah ahli tafsir dan sejarah, ratu Sabak itu bernikah juga dengan Nabi Sulaiman. Manakala ada juga riwayat lain mengatakan perkahwinan Nabi Sulaiman dengan Puteri Balkis itu menghasilkan seorang anak laki-laki.


6. Kewafatan Nabi Sulaiman


Selain membangunkan kerajaannya yang kuat, indah dan kaya Nabi Sulaiman juga membangunkan masjid. Menurut setengah riwayat menceritakan setelah bangunan masjid Masjidil Aqsa itu selesai pembinaannya barulah Nabi Sulaiman terjatuh rebah dari kerusinya.
Kewafatan Nabi Sulaiman telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Saba’ ayat 14 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Setelah kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila tumbang ternyatalah kepada golongan jin bahawa kalau mereka sedia mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”


Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan kewafatan Nabi Sulaiman itu tidak disedari oleh pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada jin dan manusia. Mereka bekerja tekun dan rajin. Oleh kerana terlalu takut kepada Nabi Sulaiman maka tidak seorangpun yang berani menatap wajahnya. Beliau tetap duduk di atas kerusinya tidak bergerak-gerak kira-kira setahun lamanya.


Oleh kerana terlalu lama baginda telah wafat dalam keadaan demikian maka tongkatnya telah dimakan oleh anai-anai lalu rebahlah jenazah itu ke lantai. Maka di masa itulah para jin dan manusia tahu bahawa pemerintah yang mengawal kerja-kerja mereka telah wafat.

MUKJIZAT NABI ALLAH DAUD



MUKJIZAT NABI ALLAH DAUD

Nabi Daud a.s adalah seorang lagi Nabi dan rasul yang masyhur namanya di kalangan para nabi dan rasul yang Allah S.W.T. utuskan kepada kaum Bani Israel. Nabi Daud a.s ialah anak kepada Esa, ada orang menyebut Yisya atau Isya. Beliau adalah keturunan kedua belas daripada Nabi Ibrahim a.s menerusi anaknya Nabi Ishak. Beliau adalah anak bongsu dan tinggal bersama bapanya di sebuah kampong di Baitul Laham tempat kelahiran Nabi Allah Isa a.s.
Sejak kecil lagi Nabi Daud sangat suka bermain dengan lastik. Dia sangat mahir menggunakan lastiknya. Setiap kali dia menuju pasti tepat pada sasarannya. Permainan yang menjadi kegemarannya itu akhirnya menjadi senjata di dalam peperangan.


1. Mukjizat memahami percakapan burung dan melembutkan besi

Sebagai seorang yang bakal menjadi Nabi, beliau mempunyai kelebihan dan mukjizat yang beliau sendiri tidak mengetahuinya. Pada suatu hari selepas Nabi Daud membawa makanan kepada abang-abangnya yang sedang menggembala binatang ternakan di lembah Sof maka dalam perjalanan pulang beliau telah berhenti berehat di bawah sebatang pokok yang rendang.
Semasa dia sedang bersandar di pangkal pokok itu beliau telah terdengar dua ekor burung belatuk sedang bercakap dalam bahasa mereka sendiri di atas ranting pokok tempat dia bersandar itu. Dengan kehendak Allah Nabi Daud dapat memahami perbualan kedua-dua ekor burung itu. Mereka sedang bercakap-cakap tentang dirinya. Salah seekor dari burung itu berkata kepada kawannya: “Adakah orang yang baring di bawah pokok ini bernama Daud yang sering jin-jin menyebut namanya?” Kawan burung itu menjawab : “Benar! Dia itulah yang dikatakan oleh jin-jin itu yang bakal menjadi pemimpin kaumnya.”

Nabi Daud yang sedang baring di bawah pokok itu hairan mendengar percakapan kedua –dua burung belatuk itu tentang dirinya. Beliau terasa bagaikan bermimpi lalu beliau berdiri. Oleh kerana burung itu terkejut merekapun terbang dari situ, Nabi Daud termenung memikirkan percakapan burung-burung itu. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata burung itu beliau pun pergi ke sebuah bukit butir-butir besi yang bercampur aduk dengan batu batan yang berlonggok di kaki bukit itu. Kemudian beliau membersihkan batu-batu besi itu sebanyak mungkin.

Sampai saja di rumahnya dia terus menyalakan api lalu dileburnya besi-besi itu, kemudian dengan hanya menggunakan tangan beliau membuat satu lembaran kawat (dawai). Daripada kawat itu dibuatnya mata rantai. Dan daripada mata rantai itulah disusunnya dan dianyam sehingga menjadi sehelai baju besi.

Firman Allah di dalam surah Saba’ ayat 10 dan 11 yang berbunyi : Maksudnya :
“Sesungguhnya telah Kami kurnia kepada Daud lalu Kami berfirman, “Hai gunung-gunung ulangkan tasbih bersama Daud, begitu pula burung-burung dan Kami lunakkan besi kepadanya.” “Serta Kami wahyukan kepadanya : Buatlah baju dari besi itu dan aturlah tenunannya, serta kerjakanlah amal yang soleh, sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” Dalam surah Saba’ ayat 17-20 Allah juga telah berfirman yang berbunyi :

Maksudnya :
“Sebarkanlah hai Muhammad, mendengar perkataan mereka itu dan perhatikanlah riwayat hamba Kami, Daud yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya dia adalah orang yang banyak bertaubat kepada Allah.”

“Kami mudahkan baginya gunung-gunung seraya bertasbih bersama-sama dengan dia pada petang-petang dan pagi-pagi. Begitu pula burung-burung yang berkumpul kepadanya mengulang-ulang tasbih Nabi Daud itu. Kami kuatkan kerajaannya dan Kami anugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan dan fasih lidahnya (pandai hukum).

2. Mukjizat berupa kekuatan dan keberanian.

Nabi Daud a.s seperti juga dengan Nabi dan Rasul terdahulu; mereka telah dikurniakan dengan kekuatan dan keberanian yang amat luar biasa. Kekuatan dan keberanian Nabi Daud adalah lebih menonjol daripada nabi dan rasul yang lain.

Pernah suatu ketika semasa beliau masih kecil iaitu kira-kira berumur 9 tahun, beliau telah menawarkan dirinya untuk pergi berperang menentang tentera Jalut sebagai membantu rajanya yang bernama Thalut. Mendengar permintaan Nabi Daud itu Thalut berkata kepadanya : “Hai budak ! Aku fikir engkau terlalu kecil untuk pergi berperang.” “Benar tuanku. Tetapi janganlah melihat besar kecilnya tubuh seseorang sahaja. Sekalipun saya kecil tetapi saya rasa tubuh saya cukup kuat untuk mengalakan musuh. Semangat dan jiwa saya pula cukup teguh untuk menghadapi peperangan.”

Mendengar penerangan Nabi Daud itu, Raja Thalut mulanya agak keberatan untuk menerima jasa baiknya untuk berperang kalau sebelum Nabi Daud menceritakan sebarang kisah keberaniannya. Kata Nabi Daud : “ Wahai raja, sesungguhnya kelmarin seekor singa telah menangkap kambingku, lalu aku terkam singa itu dan bergelut dengannya. Walaupun singa itu besar dan garang tetapi saya dapat mematahkan lehernya. Manakala pada hari yang lain pula saya telah bertemu dengan sesekor beruang besar yang cuba hendak menerkam diri saya. Tapi saya dapat memegang mulut beruang itu dan mematahkan lehernya sampai mati.”
Raja Thalut berasa kagum dan terkejut mendengar cerita Nabi Daud. Dia tidak menyangka budak sekecil itu mempunyai keberanian yang luar biasa. Raja Thalut termenung seketika memikirkan kesahihan dan keberanian Nabi Daud.

Akhirnya Raja Tahlut itu bersetuju dan mengizinkan Nabi Daud turut serta berperang bersama tenteranya menentang Jalut yang perkasa lagi zalim itu. Apabila Nabi Daud telah bersetuju hendak ikut serta berperang lantas beliau pun diberikan tombak dan lembing sebagai senjata untuk menghadapi tentera Jalut. Oleh kerana tombak dan lembing itu terlalu panjang dan tubuhnya pula pendek maka sukarlah dia hendak membawa tombak itu.

Oleh kerana tidak ada senjata lain. Nabi Daud pun mengambil seutas tali dan beberapa butir batu yang berat-berat. Melihatkan yang demikian Raja Thalut berasa hairan lalu dia betanya :
“Bagaimana engkau hendak berperang dengan hanya menggunakan tali dan batu-batu itu. Bukankah perang yang kita hadapi ini menggunakan tombak dan lembing.”

Lantas Nabi Daud mengatakan bahawak lastiknya itu mempunyai kekuatan yang tersendiri kalau ditujukan kepada sesiapapun apabila terkena pelurunya pasti akan cedera ataupun mati.
“Tuhan telah memelihara aku dari bahaya singa dan beruang dengan tali dan batu. Aku percaya Tuhan juga akan menolong dan memelihara aku dalam perang ini dengan tali dan batu juga.” Kata Nabi Daud.

Peperangan itu bermula dengan pertempuran seorang lawan seorang. Pertandingan itu kebanyakkannya dimenangi oleh tentera Jalut dari puak Amaliqah. Kemudian Jalut mencabar pemimpin Bani Israel (Thalut) untuk menentukan siapa kalah dan siapa menang. Jalut berkata kalau dia menang, dia akan memerintah terus negeri Bani Israel, tetapi sebaliknya kalau Thalut yang menang negeri boleh diperintah kembali oleh puak Bani Israel.

Mendengar Jalut berkata begitu Thalut menjadi serba salah lalu beliau berkata tenteranya bahawa sesiapa yang dapat menumpaskan Jalut beliau akan dikahwinkan dengan puterinya, Mikyal dan akan dilantik menjadi raja selepas tamat pemerintahan beliau.
Pada saat mereka kelam kabut itu tampillah seorang pemuda mentah (Nabi Daud) meminta kebenaran untuk berlawan dengan musuh itu. Dia kelihatan tenang dan bersiap sedia hendak berperang. Oleh kerana dia terlalu kecil pada pandangan Thalut maka beliau tidak mempedulikannya.

Kemudian Nabi Daud terus mendekati kedudukan Jalut. Sebelum Jalut dapat memukulnya dengan pedang, Nabi Daud terlebih dahulu memukul Jalut dengan melemparkannya batu sekuat-kuatnya. Batu pertama tepat mengenai kepala Jalut lalu disusuli dengan batu kedua, ketiga, keempat dan seterusnya sehingga Raja Jalut yang sombong itu mati di situ juga.
Nabi Daud terus menyerang dengan peluru lastiknya sehingg seorang demi seorang pasukan Jalut tumpas di tangannya. Melihatkan ketua dan rakan-rakan mereka mati maka tentera musuh menjadi kucar kacir dan lari bertempiran. Akhirnya pihak musuh Berjaya dikalahkan. Dan kemudian mereka kembali memasuki negeri mereka sendiri setelah bertahun-tahun diperintah oleh musuh.

Kisah Nabi Daud a.s bertempur dengan tentera Jalut telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran surah Al Baqarah yang berbunyi :

Maksudnya :
“Ya Tuhan kami ! Datangkanlah kesabaran ke dalam hati kami dan tetapkanlah tapak kaki (kuatkanlah kami) dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir ini.” “Kemudian mereka mengalahkan Jalut serta bala tenteranya dengan izin Allah dan Daud salah seorang bala tentera Thalut yang dapat membunuh Jalut, dan Allah memberikan kerajaan dan ilmu pengetahuan kepda Daud seta diajarkannya apa-apa yang dikehendakiNya. Jika tidaklah ditolak nescaya binasalah bumi ini, tetapi Allah mempunyai kurnia atas sekian alam.” -Al-Baqarah : 250-251-

3. Mukjizat berupa suara merdu .

Satu lagi mukjizat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Daud ialah memiliki suara yang enak merdu apabila beliau menyanyikan sesuatu. Adalah diriwayatkan apabila Nabi Daud melagukan kitab Zabur iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepadanya yang berisi petunjuk dan perintah dari Tuhan maka orang-orang yang sakit apabila mendengarkan suaranya secara serta merta penyakit orang out akan sembuh. Bahkan sekalian jin dan manusia serta burung-burung akan berkumpul dan berhenti apabila mendengarkan suaranya. Angin berhenti bertiup, gunung-gunung dan burung-burung ikut serta bertasbih dengan bahasa tersendiri memuji kebesaran Allah.