Ibadat korban boleh dilakukan oleh orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, sama ada yang sedang mengerjakan ibadat Haji di Mekah ataupun di Tempat tinggal Negeri sendiri, apabila cukup syarat-syaratnya.
Hukumnya Sunnat Muakkad menurut mazhab Imam Syafie. Daripada Ummu Salamah: Rasullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila masuk sepuluh haribulan Zulhijjah, sedangkan salah seorang dari kamu mahu berkorban, maka janganlah membuang sesuatu anggota rambut dan kulitnya - kuku-". (Riwayat al-Imam Muslim).
Hukum Sunnat Muakkad ini, akan menjadi "aini" iaitu sunat yang dituntut ke atas orang perseorangan sekiranya ianya tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah. Sebaliknya menjadi sunat muakkad yang "kifayah" iaitu sunat yang dituntut secara umum bagi sesebuah keluarga yang tinggal beramai-ramai dalam sebuah rumah, jika seorang melakukan korban, gugurlah tuntutan tadi di atas anggota keluarga yang lain.
Dengan kata lain, memadailah seorang sahaja yang berkorban bagi sesebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah. Dan jika ramai yang mahu berkorban maka itu adlah lebih baik lagi.
Tidak semua orang Islam disunatkan berkorban. Ianya hanya disunatkan ke atas mereka yang cukup syarat iaitu ORANG ISLAM YANG MERDEKA, SAMPAI UMUR LAGI BERAKAL, BERKUASA untuk berkorban, iaitu orang yang memiliki harta wang ringgit yang lebih bagi keperluannya sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya pad HARI RAYA ADHA dan HARI-HARI TASYRIK..............bersambung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan