Ahad, 26 Julai 2009

MUKJIZAT NABI AYUB A.S

MUKJIZAT NABI AYUB A.S

Nabi Ayub yang juga Rasul adalah merupakan cicit kepada Nabi Ibrahim a.s. Beliau adalah seorang manusia yang sangat istimewa dalam belbagai perkara. Dia adalah seorang daripada Nabi yang paling kaya di antara Nabi-Nabi lain malah dia adalah seorang Nabi yang sangan penyabar.

Nabi Ayub merupakan seorang petani dan juga penggembala binatang-binatang ternakan. Walaupun dia hidup mewah tetapi beliau tidak sombong dengan kekayaannya, malah beliau tetap kuat beribadat kepada Tuhan dan hidup kesederhanaan.

Kebaikan, kekayaan, kesabaran dan ketekunan Nabi Ayub beribadat kepada Allah telah mendapat perhatian para malaikat. Mereka memuji segala perbuatan baik Nabi Ayub sehingga tiada cacat celanya. Manakala pujian malaikat terhadap Nabi Ayub pula mendapat perhatian daripada Iblis. Iblis sentiasa menyiasat tentang keadaan hidup Nabi Ayub.

Iblis berasa iri hati terhadap Nabi Ayub yang sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala anugerahNya. Beliau sentiasa berzikir, bertahmid, dan bertasbih memuji-muji kebesaran Allah.
Iman yang tebal pada diri Nabi Ayub merupakan bintang untuk menahan daripada golongan Iblis yang sentiasa menyesatkan cucu cicit Adam. Iblis sentiasa menggoda Nabi Ayub supaya memuji dan menyembah yang lain selain daripada Tuhan. Bagaimanapun hasutan Iblis itu tidak meninggalkan kesan kepada Nabi Ayub malah dia semakin kuat menambahkan semangat cintakan Tuhan.

Oleh kerana terlalu kecewa Iblis pun bermohon kepada Tuhan agar kesenangan hidup Nabi Ayub ditarik kembali kerana apa yang dilakukan oleh Nabi Ayub itu menurut Iblis ialah kerana beliau takut segala kenikmatan dan mempunyai keluarga yang besar itu hanya untuk kepentingan diri sendiri, lagipun kata Iblis lagi kalaulah Nabi Ayub menerima bencana, jatuh, papa dan miskin tentu beliau akan mengubah sikapnya tidak lagi bersedekah, bertasbih, bertahmid malah mungkin tidak menunaikan sembahyang lagi.

Oleh yang demikian, Iblis ingin menggoda dan mencuba kekuatan ketabahan hari Nabi Ayub supaya berpaling kepada membuat kejahatan, Allah mengizinkan segala keinginan Iblis itu.
Setelah mendapat keizinan Allah, Iblis pun memulakan kegiatannya, lalu diapun merosakkan segala kekayaan, kemewahan dan kesenangan Nabi Ayub sehingga Nabi Ayub menjadi miskin dan papa sehingga tidak mempunyai suatu harta apa-apa pun. Iblis juga telah mencerai-beraikan keluarganya . Sehingga orang ramai benci pada Nabi Ayub.

Segala binatang-binatang ternakan Nabi Ayub juga turut dimusnahkan seekor demi seekor manakala hasil ladangnya kian hari kian merosok kerana kemarau dan banjir. Gudang-gudang tempat simpanan makanan juga habid terbakar.

Setelah semua kekayaan dan kemewahan Nabi Ayub musnah, kawan-kawan rapat Nabi Ayub turut bersedih manakala musuh-musuhnya bersorak kegembiraan dan menuduh yang bukan-bukan. Walaupun Nabi Ayub telah kehilangan segala kemewahan yang dimilikinya namun dia tetap bersabar dan masih mengucapkan syukur kepada Allah. Dalam pada itu Iblis tidak jemu-jemu menggoda dan merosakkan keimanan Nabi Ayub.

MUKJIZAT KESABARAN

Iblis yang sememangnya berperangai jahat kali ini mencuba pula hendak menguji kesabaran Nabi Ayub dan menggoda kehidupan keluarganya dan juga anak-anaknya, lalu Iblis pun pergi ke tempat anak-anak Nabi Ayub di dalam sebuah rumah yang mewah. Di mana Iblis telah mengoyangkan rumah anak-anak Nabi Ayub itu sehingga runtuh. Runtuhan itu telah menghempap anak-anak Nabi Ayub yang ramai itu. Dalam kejadian itu ramai anak-anak Nabi Ayub yang menemui maut.

Setelah itu Iblis lalu pergi berjumpa Nabi Ayub memberitahu tentang kemalangan yang menimpa anak-anakynya. Tatakala mendengar berita itu Nabi Ayub berasa amat sedia lau menangis. Bagaimana pun Nabi Ayub tetap bersabar.

Setelah peristiwa runtuhan itu berlaku Iblis menaburkan pula kuman di atas kepala Nabi Ayub. Akibat dari itu Nabi Ayub telah mengidap penyakit kulit dikepalanya selama 7 tahun . Ini menyebabkan orang ramai berasa jijik hendak mendampingi Nabi Ayub. Kudis dikepalanya itu telah menyebabkan kulit kepalanya berulat, apabila beliau tunduk, ulat-ulut itu akan berjatuhan ke atas lantai.

Pada suatu hari Iblis datang ke rumah Nabi Ayub yang jauh dari orang ramai itu dengan menyamar sebagai kenalan Nabi Ayub. Tujuannya Iblis ke situ ialah untuk menghasut isteri Nabi Ayub yang sentiasa bersama-sama Nabi Ayub. Tiba di rumah itu Iblis telah menghasut isteri Nabi Ayub dengan berbagai-bagai perkara yang munasabah. Akhirnya hasutan Iblis itu telah termakan oleh isteri Nabi Ayub.
Suatu hari isteri Nabi Ayub bertanya kepada Nabi Ayub sampai bila mereka harus hidup dalam keadaan begitu. Isteri Nabi Ayub mendesak Nabi Ayub supaya berdoa didatangkan semula segala kemewahan yang mereka miliki dahulu. Mulai hari itu Rahmah, isteri Nabi Ayub mula enggan melayani segala kehendak dan keperluan Nabi Ayub sehari-hari. Melihatkan perubahan isterinya itu Nabi Ayub pun berkata : “Jika aku sembuh nescaya aku pukul kamu 100 kali”.

Sejak itu Nabi Ayub tak mahu lagi makan dan minum daripada masakan isterinya. Oleh kerana tidak sanggup lagi hidup yang dihimpit dalam serba kemiskinan lalu Rahmah, isteri Nabi Ayub mengambil keputusan keluar dari rumah itu. Maka tinggallah Nabi Ayub seorang diri bertahun-tahun lamanya dengan melakukan segala kerja-kerja dapur dan rumah.

Setiap hari Nabi Ayub berdoa kepada Tuhan, katanya : “Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan dan Kamulah wahaiTuhanku yang Pengasih dan Penyayang.”

Dalam doanya beliau tidak pernah memohon kepada Allah agar disembuhkan daripada penderitaannya. Nabi Ayub berasa amat malu untuk berkata begitu. Apabila sampai di puncak penderitaanya, Allah pun menurunkan wahyu kepadanya yang bermaksud :
Hentaklah kaki kamu ke tanah, inilah air sejuk ubat untuk mandi dan minum.”
Setelah mendapat wahyu itu, Nabi Ayub pun menghentak kakinya ke tanah lalu keluarlah air dari dalam bumi. Kemudian dia pun meminum dan mandi dengan air itu. Akhirnya penyakit-penyakit yang dihidap oleh Nabi Ayub bertahun-tahun lama itu sembuh dalam sekelip mata malah beliau kelihatan muda dan kacak.

Setelah bertahun-tahun Rahmah meninggalkan Nabi Ayub, tiba-tiba terdetik perasaan rindunya untuk kembali dan bertemu dengan Nabi Ayub lalu diapun pergi ke rumah tempat dia dan Nabi Ayub tinggal dahulu. Sampai di sana beliau agak terkejut kerana didapatinya Nabi Ayub tidak ada di situ, sebaliknya orang lain pula yang mendiami rumah mereka dahulu. Orang itupun tidak pernah dikenalinya kerana dia muda daripada suaminya Nabi Ayub.
Lantas Rahmah bertanya kepada orang itu, “Adakah tuan menemui orang tua yang sakit tinggal di sini, namanya Nabi Ayub?” “Nabi Ayub? Akulah Nabi Ayub yang kau maksudkan, tidakkah kau kenal aku lagi.” Tanya Nabi Ayub.

Rahmah agak terperanjat mendengar jawapan itu, kerana setahunya Nabi Ayub adalah lelaki tua dan sakit pula. Setelah lama mereka berbual Nabi Ayub teringatkan sumpahnya hendak memukul isterinya 100 kali. Hatinya berbelah bagi mengingatkan kesakitan yang akan dialami oleh isterinya. Akan tetapi beliau wajib menunaikan sumpahnya. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Ayub yang berbunyi :

Maksudnya :
“Wahai Nabi Ayub! Ambillah seikat rumput yang panjang dengan tanganmu dan pukullah isterimu dengan rumput itu 100 kali sesuai dengan sumpahmu.”
Nabi Ayub pun menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan oleh Allah. Beliau menunaikan sumpahnya dengan keizinan dari Allah dan isterinya tidak menderita sakit lagi dengan pukulan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan