Ahad, 26 Julai 2009

MUKJIZAT NABI ISA A.S

MUKJIZAT NABI ISA A.S

Nabi Isa a.s adalah nabi dan rasul yang terakhir sekali sebelum datangnya Nabi Muhammad saw. Satu daripada keganjilan yang melingkungi kisah hidupnya ialah tentang kelahirannya yang tidak berayah. Inilah perkara yang menjadi punca kesesatan kaum Bani Israel dan Nasrani. Orang-orang Yahudi di zama Isa enggan meyakini kerasulannya manakala orang-orang Nasrani pula sesat kerana meyakini Nabi Isa sebagai anak Tuhan.

Sejak dari kecil lagi Nabi Isa telah menunjukkan sifat-sifatnya yang cemerlang, kebijaksanaan dana kecerdikannya pula melebihi orang dewasa. Allah menganugerahkan kepadanya berbagai hikmat, ilmu dan kebolehan yang luar biasa. Nabi Isa disunat dan dikhatankan ketika berumur lapan hari mengikut syariat Nabi Musa a.s. Kemudian apabila baginda telah mencapai usia 12 tahun baginda telah dibawa oleh ibunya iaitu Maryam ke Baitul Maqdis kerana pemuda-pemuda di situ suka berpoya-poya dan membuang masa dengan bermain-main tanpa membuat sesuatu yang berfaedah kepada diri dan masyarakat.

Masanya dipenuhi dengan belajar agama dan ilmu-ilmu lain yang berfaedah. Beliau suka bertanya apa sahaja yang beliau tidak faham, malah suka berdebat pula kalau perkara yang dikemukakan kepadanya dianggap tidak benar. Cara ini tidak digemari oleh ulama dan pendita kerana beliau suka membantah pendapat mereka.

Bukan sekadar para ulama dan pendita sahaja yang tidak gemar dengan sikapnya itu termasuk juga dengan raja yang memerintah negeri itu. Raja itu yang bernama Hirodus tidak begitu gembira dengan kebijaksanaan dan keberaniannya yang suka berdebat itu. Raja itu bimbang Nabi Isa akan menggugat kedudukannya sebagai raja pemerintah.

Raja itu mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Isa a.s. Bagaimanapun keputusan raja itu telah diketahui oleh Nabi Isan dan Maryam melalui kawan-kawan yang simpati dengannya. Dengan segera Maryam membawa Nabi Isa ke Mesir untuk menghindarkan diri dari ancaman Hirodus.

Kebanyakan nabi-nabi yang diutuskan menjadi rasul ketika berumur 40 tahun tetapi Nabi Isa diutus menjadi rasul ketika berumur 30 tahun.

Beliau menerima risalah kerasulannya yang diamanahkan kepadanya oleh Allah untuk disampaikan kepada kaum Bani Israel yang sudah menyeleweng dari ajaran-ajaran Nabi Musa a.s. Ketika itu Bani Israel telah banyak merosakkan syariat Nabi Musa dengan meninggalkan hukum-hukum dan perintah-perintah agama.

Nabi Isa menerima tugas kerasulan ketika beliau bersama ibunya berada di atas Bukit Zaitun. Pada masa itu beliau dan ibunya hendak bersembahyang. Nabi Isa a.s melihat cahaya yang bersinar yang diiringi oleh kumpulan malaikat yang ramai jumlahnya. Malaikat-malaikat tersebut mengelilinginya. Kemudian datang malaikat Jibril kepadanya, lalu membawa kepadanya sebuah kitab yang berkilau-kilau bagai cermin.

Selepas beliau turun dari bukit Zaitun, Nabi Isa mengisytiharkan dirinya sebagai rasul dan meminta umatnya kembali kepada syiar Nabi Musa iaitu hari Sabtu dikhaskan untuk beribadat dan membuat kebajikan. Tetapi Bani Israel telah menggunakannya untuk berfoya-foya juga mencari harta kekayaan. Manakala hartawan pula tidak mahu mengeluarkan zakat dan bersedekah kerana takut miskin dan papa.

Perkara-perkara maksiat dan perbuatan fasik menjadi amalan mereka sehari-hari. Tiada ada lagi peraturan dan bertatatertib kerana tidak ada orang yang menegurnya. Ulama mereka pula berlagak seperti orang soleh tetapi secara rahsia dan diam-diam mereka melakukan maksiat.
Ketika Nabi Isa mengisytiharkan dirinya sebagai rasul, masyarakat Bani Israel benar-benar tenat dalam fahaman, akidah dan moral. Beliau mengajak umat itu kembali ke jalan yang benar. Beliau menegah mereka dari melakukan maksiat dan menyeru mereka mengikuti ajaran kitab Taurat yang sebenarnya.

Oleh kerana dakwah Nabi Isa semakin kuat, ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin lain Bani Israel telah mengadakan rundingan untuk menentukan kedudukan mereka dan juga kegiatan Nabi Isa. Meraka berusaha mencara kata sepakat untuk menentang dan menyingkirkan pemimpin baru itu di dalam masyarakat Bani Israel.

Hasil rundingan itu, mereka bersetuju mengadakan perlawanan dan menentang Nabi Isa dengan apa cara sekalipun supaya Nabi Isa tersingkir daripada masyarakat Bani Israel.
Usaha mereka yang pertama iaitu menghasut rakyat Bani Israel supaya menentang Nabi Isa. Mereka adalah fitnah dan pelbagai tuduhan termasuk mengatakan beliau adalah pendusta.
Hasutan dan fitnah ulama-ulama masyarakat Bani Israel itu Nampak berkesan. Rakyat mulai menentang Nabi Isa. Mereka tidak percaya dengan seruan, tegahan dan saranan beliau. Mereka mula mengejek-ngejek Nabi Isa dan mereka menuntut supaya Nabi Isa membuktikan kebenaran perutusannya dengan tanda-tanda yang boleh mereka lihat sendiri. Tututan itu sebenarnya hanyalah sengaja diada-adakan untuk menghilangkan kewibawaan Nabi Isa dan untuk memalukannya kalau tidak dapat membuktikannya.

Tetapi bagi Nabi Isa memang Allah telah sediakan mukjizat dan bekalan yang cukup untuk mematahkan segala tuduhan dan tohmahan yang sengaja diada-adakan terhadapnya. Sejak kecil lagi ketika masih bayi beliau boleh bercakap dengan fasih untuk membuktikan kebenaran kata-kata ibunya Maryam.

Sekarang mukjizat Nabi Isa terpaksa digunakan untuk membuktikan kenabian dan kerasulannya sendiri seperti yang dikehendaki oleh masyarakat Bani Israel.

1. Mukjizat menjadikan Burung Dari Tanah Liat.

Beliau menyatakan bahawa beliau boleh mencipta seekor burung yang dibuat dari tanah liat dan boleh hidup serta terbang dengan izin Allah. Kemudian beliau mengambil segumpal tanah liat lalu beliau memicit-micit tanah liat itu sehingga terbentuk menjadi seekor burung kemudiannya ditiup tanah liat itu. Dengan izin Allah maka tanah liat itupun bertukar menjadi burung hidup dan terus terbang sambil bersiul.

Kaum Bani Israel merasa kagum melihat kebolehan Nabi Isa itu, tetapi para ulama menyifatkan semuanya itu hanyalah permainan sihir semata-mata.

2. Mukjizat mencelikkan orang buta

Mendengar tohmahan dan tuduhan itu orang ramai menjadi riuh rendah dan mengejek Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa tidak sedikitpun berasa kecewa lalu beliau pun berkata bahawa beliau boleh menyembuhkan orang buta. Kemudian Nabi Isa pun dibawa kepada seorang yang memang buta sejak lahir. Setelah orang buta itu mengekati Nabi Isa lantas beliau mengusap mata orang buta itu. Dengan sekelip mata, orang buta itu boleh melihat.

Orang ramai kehairanan dengan kejadian itu kerana hanya dengan diusap perlahan-perlahan oleh Nabi Isa, orang buta boleh menjadi celik semua. Bagaimanapun pertunjukan itu masih tidak memuaskan hati mereka. Mereka tetap berdegil dan tidak mahu mempercayai dan beriman kepadanya.

3. Nabi Isa menghidupkan orang yang telah mati.

Sikap orang-orang Bani Israel tidak juga berubah, mereka masih mahu Nabi Isa melaksanakan janjinya hendak menghidupkan orang yang mati dengan mata kepala mereka sendiri.
Kini tampillah Nabi Isa untuk menunaikan tuntutan kaum Bani Israel itu. Nabi Isa akan membuktikan kenabiannya dengan menghidupkan orang yang telah mati. Setelah beberapa mayat dibawa di hadapan Nabi Isa lalu Nabi Isa mengusap-ngusap badan mayat itu, maka dengan izin Allah akhirnya orang itu Berjaya dihidupkan.

Akan tetapi masyarakat Bani Israel berbelah bahagi, ada yang percaya dan ada yang tidak. Sebahagiannya percaya apa yang dibuktikan oleh Nabi Isa itu benar-benar kekuasaan Allah untuk membuktikan kerasulannya.

Kejayaan Nabi Isa berdakwah di Baitulmaqdis tidak menyenangkan hati para pendita, ulama dan pemimpin Bani Israel. Mereka membuat rancangan untuk menghalangnya dari mendapat tempat dalam masyarakat Bani Israel. Tetapi Allah telah melindunginya sehinggan dapat meneruskan dakwahnya.

Oleh kerana kautnya hasutan ulama-ulama Bani Israel maka semakin kuatlah tentangan yang dihadapinya dari kaum Bani Israel. Dan akhirnya mereka merancang untuk membunuhnya. Hal ini telah diketahui oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu hari Nabi Isa bertanyakan kepada pengikutnya siapakah yang sanggup menjadi sukarelawan membantunya di jalan Allah. Pengikut-pengikutnya yang setia tampil ke hadapan untuk bersama-sama dengannya menjalankan dakwah. Mereka pergi mengelilingi negeri itu untuk berdakwah seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Isa. Akhirnya mereka sampai ke kawasan gersang dan tandus di mana di situ langsung tidak mempunyai makanan. Kebetulan pula bekalan makanan dan minuman yang mereka bawa telah habis.

4. Mukjizat turunnya makanan dari langit.

Tempat yang ada bekalan makanan amat jauh dari tempat mereka berada. Mereka kehilangan ikhtiar, lalu mereka pergu mendapatkan Nabi Isa dan berkata sebagaimana yang terdapat dalam surah Al Maidah ayat 112 dan 113 yang berbunyi:

Maksudnya :
“ Dan (ingatlah) ketika orang-orang Al-Hawariyin berkata : Wahai Isa Ibni Maryam, dapatlah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab : Bertaqwalah kamu jika kamu orang yang beriman. Mereka berkata : Kami hanya ingin makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat) dan supaya tenang tenteram hari kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikan sendiri.”
Setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu, Nabi Isa menadahkan tangannya sambil memohon doa seperti yang tersebut dalam surah Al Maidah ayat 114 yang berbunyi :

Maksudnya :
Isa putera Mariam berdoa : “ Ya Allah ya Tuhan kami ! Turunlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang kami yang datang pada kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat daripada Mu yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Mu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki.”

Permohonan Nabi Isa dikabulkan Allah sebagaimana yang diceritakan di dalam Al Quran yang berbunyi :

Maksudnya :
“ Sesunguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada mu, kemudia sesiapa daripada kamu kemudian ini kufur dan engkar sesudah turunya hidangan itu maka sesungguhnya Aku akan menyeksakan dengan azab yang sengsara yang tidak pernah aku seksakan seseorangpun dari sekalian makhluk.”-Al-Maaidah: 115-

Selepas itu turunlah hidangan yang lazat itu dengan izin Tuhan sebagai tanda bukti kerasulan Nabi Isa. Para sahabat dan Nabi Isa memakan makanan itu sehingga kenyang, selepas itu mereka bersyukur dan bertasbih memuji kebesaran Tuhan. Dan semakin kuatlah iman mereka kepada Nabi Isa dan kekuasaan Allah.

Dalam pada itu kegiatan dakwah Nabi Isa tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Musa a.s Sambutan terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Isa semakin bertambah. Ini menyakitkan hari pembesar-pembesar Yahudi itu terutama sekali pendita mereka.

Mereka menggunakan samseng-samseng Bani Israel untuk menentang beliau. Samseng-samseng itu diarahkan untuk membunuh Nabi Isa. Rancangan itu akhirnya diketahui oleh Nabi Isa, lantas beliau pun bersembunyi di suatu tempat. Mereka mencari Nabi Isa di mana-mana saja tetapi tidak berjumpa. Ini membuatkan mereka menjadi semakin marah. Kemudian pemimpin Bani Israel mengisytiharkan sesiapa yang boleh menangkap Nabi Isa hidup atau mati akan diberi hadiah yang lumayan.

Mendengarkan ganjaran yang besar itu, seorang pengikut Nabi Isa yang bernama Yahuza terpikat dengan tawaran hadiah itu. Dia yang juga dikenali sebagai Iskarius telah murtad dan berusaha hendak menangkap Nabi Isa. Yahuza telah menjadi pelapor untuk menangkap sahabatnya sendiri iaitu Isa. Dengan tawaran yang mahal itu ramailah yang memburu Nabi Isa. Yahuza tahu di mana tempat Nabi Isa bersembunyi. Lantas dia membawa samseng-samseng Yahudi itu ke tempat persembunyian Nabi Isa.

Ketika pasukan pemerintah dan samseng-samseng itu mengepung kawasan persembunyian Nabi Isa murid-murid dan pengikutnya keluar melarikan diri dari tempat pengepungan itu. Maka tinggallah Nabi Isa di tempat persembunyian itu seorang diri. Allah S.W.T tetap melindungi serta sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya yang teraniaya. Pemburu-pemburu itu tidak dapat melihat Nabi Isa. Allah telah melindungi daripada penglihatan orang-orang kafir itu.

Yahuza begitu tidak sabar hendak menangkap Nabi Isa lantern hadiah yang ditawarkan amat tinggi. Dengan rasa penuh bangga Yahuza terus menyerbu masuk ke tempat persembunyian Nabi Isa. Dengan kuasa Allah, Yahuza telah diubah oleh Allah akan wajahnya sama seperti Nabi Isa. Tepat di saat itu pihak tentera Bani Israel menyerbu masuk, mereka lantas melihat Yahuza yang berbentuk dan menyerupai Nabi Isa itu lalu mereka terus menangkapnya. Yahuza diseret ke suatu tempat di kawasan lapang dan terus disalibkan. Orang-orang ramai riuh rendah menyaksikan Yahuza yang disangkakan Nabi Isa itu disalibkan. Hati mereka berasa puas musuh mereka telah Berjaya ditawan. Firman Allah dalam surah AnNisa’ ayat 157 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan, Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (disalib)tetapi disumpahkan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti NabiIsa). Dan sesungguhnya orang-orang yang berada di dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhanny). Tiada sesuatu sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.”

Dalam suatu riwayat lain apabila Nabi Isa terkepung di dalam sebuah rumah (tempat persembunyian) lalu datang Jibril mengangkat Nabi Isa ke langit tanpa diketahui orang-orang yang hendak menangkapnya. Selepas enam tahun Nabi Isa diangkat ke langit, ibunya Maryam telah meninggal dunia. Beliau telah dikebumikan di kawasan gereja Baitulmaqdis. Gereja itu terkenal dengan nama ‘Jasmaniah’.

Sejak kehilangan Nabi Isa, murid-muridnya yang setia yang disebut di dalam Al Quran sebagai Al Hawariyin telah meneruskan dakwahnya mengikut ajaran agama Nabi Isa secara rahsia selamat 300 tahun. Umur pada saat Nabi Isa diangkat ke langit ialan 30 tahun.

Firman Allah dalam surah An Nisa’ ayat 158 yang berbunyi :

Maksudnya :
“Tetapi yang sebenarnya Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya. Dan Allah juga adalah Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan